CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, April 30, 2009

Sekembalinya Kami De' Pangkor

Pada 25,26, & 27 yang lepas, kami telah mengikuti kurusu kepimpinan anjuran JPP dengan Kerjasama HEP di Teluk Batik, Lumat Perak..

Details:

PEMIMPIN :

1)Pengurusan Diri
- Pemimpin yang berjaya adalah pemimpin yang dapat melakukan pengurusan diri dengan berkesan melalui disiplin yang diaplikasikan dalam setiap tindakannya.

2)Hitam Putih
- Seorang pemimpin yang berdedikasi akan sentiasa bertindak menggunakan konsep 'Hitam Putih' iaitu surat mahupun kenyataan yang dikeluarkan atau diterima oleh organisasinya.

3)Merancang
- Seorang pemimpin yang berkaliber, akan merancang perjalanan organisasi yang diketuainya agar segalanya akan dapat berjalan dengan lancar.

4)Tdak Melanggar Peraturan
- Pemimpin perlu menjadi contoh dalam setiap tindakan terhadap anak buahnya. Hal ini kerana, sebagai seorang pemimpin, tindak-tanduk mereka akan diperhati dan dinilai oleh masyarakat sekeliling dan pemimpin yang berkualiti adalah pemimpin yang cuba untuk tidak melanggar peraturan yang teah ditetapkan.

5)Kerja Berpasukan
- Dalam sesebuah organisasi, pemimpin akan bertindak sebagai rakan sepasukan yang membantu dalam melancarkan sesebuah organisasi. Pemimpin bukan seorang yang hanya memberikan arahan tanpa mengambil kira pandangan dan pendapat rakan sepasukan.

* Berikut merupakan antara ciri-ciri seorang pemimpin....


Antara Pemimpin yang Menyertai Kursus ini ialah:

Penolong dan Ketua Batch PISMP SEM 1

MT MTEN dan Pen. Ketua Blok

JPP IPGM KPIS BATCH PISMP SEM 1



Inilah tempat penginapan kami... Chalet...

Pemandangan Di Pangkor

Saturday, April 25, 2009

Malang Tidak Berbau...

Semalam saya dan rakan yang lain telah ke pusat membeli-belah di bangi atas beberapa urusan peribadi kami semua.. Pada waktu pulangnya, kami menggunakan perkhidmatan 2 teksi untuk menghantar kami pulang...Teksi yang pertama bergerak dahulu.... Saya menggunakan perkhidmatan teksi yang pertama bersama dua orang rakan yang lain.

Kemudian saya singgah di kafe atas beberapa urusan..Tidak sampai 5 minit kemudian, teksi yang kedua sampai dan rakan-rakan saya bergegas untuk berjumpa dengan saya..
Saya kemudiannya dikhabarkan dengan berita bahawa mereka melihat satu kemalangan di jalan Sg. Merab berdepan dengan pintu belakang pagar Kampus Pendidikan Islam kita...

Apa yang membuatkan saya terkejut adalah kerana mangsa yang terlibat merupakan ahli-ahli daripada batch PISMP sem 1 Ambilan Januari 2009.. Semasa kami di pusat membeli belah, kami memang telah berselisih bahu dengan mereka...Dan perkara yang tidak dijangka ini memberikan sedikit-sebanyak trauma kepada rakan-rakan saya yang terlibat..

Muhd Azman bin Azahar dan Mohamad Amirullah Muala Ismail ialah mangsa yang terlibat dalam kemalangan tersebut. Kemalangan dikhabarkan antara motorsikal dengan sebuah kereta.. Kecederaan luaran yang dikenal pasti adalah seperti luka akibat geseran di jalan raya semasa mereka terjatuh.. Hendak dipendekkan cerita, pada sebelah malamnya, saya mendapat berita bahawa Muhd Azman jatuh pengsan di tandas asrama lelaki blok B dan dikejarkan ke hospital... berita terakhir yang sampai ke telinga saya ialah Azman kini telah sedar namun masih berada di wad kecemasan dan masih dalam pemeriksaan doktor..... semoga rakan-rakan kita ini dalam keadaan selamat hendaknya....

Muhd Azman bin Azahar - Setiausaha Batch PISMP SEM 1 Ambilan Januari 2009


Mohamad Amirullah Maula Ismail - Exco Akademik JPP IPGM KPIS 09/10
p/s: Harap leh dpt bincng tk buat solat hajat tolak bala n minta keberkatan dari yang Esa ke atas batch kita...

Thursday, April 23, 2009

Ujian Akhir Kursus

Ujian Akhir Kursus (UAK) PISMP Sem 1 Ambilan Januari 2009 akan dijalankan pada

Tarikh : 8hb Mei 2009
Hari : Jumaat
Matapelajaran :

- English Language Proficiency (ELP)
- Tamadun Islam Dan Asia Tenggara (TITAS).
Masa ujian sesi pagi: 8.30pagi - TITAS,
Masa ujian sesi ptg : 2.30ptg - ELP


*segala perubahan maklumat akan dimaklumkan kemudian dari semasa ke semasa



Wednesday, April 22, 2009

SELAMAT BERSUKAN

Pada 29 April 2009 Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Pendidikan Islam akan melaksanakan sukan tahunan... Selamat bersukan dan maju jaya kepada semua atlet2 rumah sukan dan peserta kawad kaki..Semoga kejohanan Sukan pada kali ini memberikan pengalaman dan detik bermakna kepada kita semua...

Panduan untuk Seseorang Muslim Dalam Bersukan:

1-Seseorang Muslim tidak sepatutnya lalai dengan sukan sehingga sampai mendorong meninggalkan tugas-tugas agama dan yang lain.

2- Seseorang Muslim tidak dibenarkan bersikap tidak peduli dalam bersukan dengan cara menimbulkan kecederaan kepada yang lain. Bersukan di atas jalan yang sesak misalnya, boleh menyebabkan kesesakan jalan, ini bukan cara Islam.

3-Perasaan fanatik membabi-buta dalam menyokong atau menentang satu pasukan adalah tiada kaitan dengan Islam, kerana ini benar-benar becanggah dengan ajaran Islam yang menyeru kepada perpaduan dan kasih-sayang.

4- Tidak dibenarkan kata-kata kesat, perbuatan buruk dan fitnah semasa bersukan.

5-Islam tidak membenarkan pertandingan atau permainan yang melibatkan kedua-dua jantina, dengan cara membuka jalan hawa nafsu, syahwat dan keruntuhan akhlak.

6-Islam menolak semua permainan dan sukan yang mendorong rangsangan seksual dan menggalakkan kejatuhan moral seperti wanita berlatih menari dan ditontoni oleh orang ramai.
Lelaki hendaklah mengamalkan sukan yang sesuai dengan sifat mereka dan sebaliknya. Didalam Islam, tidak dibenarkan bagi wanita mengamalkan sukan yang khas untuk lelaki.

Kesimpulannya, sudah jelas yang semasa membenarkan sesuatu sebagai halal, Islam meletakkan beberapa syarat yang bertujuan mengekalkan akhlak dan sesuai dengan matlamat peraturan umum. Sukan hendaklah diamalkan dengan mengikuti syarat-syarat ini supaya boleh mengelakkan sebarang kemudaratan yang tidak dikehendaki. Peraturan umum dalam Shari`ah ialah apa-apa perbuatan yang melampaui batas sama ada dalam makan, minum, berpakaian atau sebagainya, adalah dilarang.

Al-Qur’an mengisytiharkan: “Hai orang yang beriman, janganlah kamu haramkan apa-apa yang baik yang telah Allah halalkan bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang melampaui batas.”(Al-Ma’idah: 87)”

Monday, April 20, 2009

Adab Melawat Orang Sakit

Dalam Islam, segala perbuatan yang kita lakukan merupakan ibadah dan memerlukan panduan yang telah ditetapkan dalam syarak. adab merupakan asas dalam menjalankan ibadah seharian kita. Antara adab semasa melawat orang sakit adalah seperti :

Pertama: Apabila kita menziarahi orang sakit, janganlah duduk terlalu lama, kerana dikhuatiri boleh mengganggunya dan menghalang pergerakannya. Tetapi jika dengan ziarah itu boleh mententeramkan hatinya, maka tidaklah makruh duduk lama di sisinya.

Kedua: Adalah elok bagi orang yang menziarahi orang sakit itu bertanya keadaannya sambil meletakkan tangannya di atas dahi atau tangan pesakit tersebut asalkan dilakukan tidak bertentangan dengan hukum syara’.

Ketiga: Jika orang yang sakit itu dalam keadaan tenat dan tidak boleh bercakap apa-apa, maka disunatkan bagi orang yang berziarah itu bertanya kepada ahli keluarga tentang keadaannya.

Keempat: Apabila berada di sisi orang sakit, maka disunatkan menyuruhnya bersabar dan hendaklah menyenangkan serta mententeramkan hatinya.

Kelima: Ketika menziarahi orang sakit ataupun semasa berada di tempat lain pada bila-bila masa, maka disunatkan mendoakan pesakit tersebut supaya lekas sembuh.

Keenam: Andaikata orang yang sakit itu dalam keadaan tenat, tiada harapan untuk sembuh atau dalam keadaan nazak (muhtadhar) maka sunat bagi orang yang menziarahinya lebih-lebih lagi orang yang akrab dengan pesakit mengajarkan atau mentalkinkan (membacakan) ditelinganya kalimah “La Ilaha Illallah” sekali sahaja. Kemudian diperhatikan keadaan pesakit itu, jika didapati ia di dalam keadaan tenang (mendengar apa yang diucapkan) maka dibiarkan dia iaitu tidak ditalkinkan lagi kalimah “La Ilaha Illallah” itu. Walaubagaimana pun jika pesakit itu nampak menggelisah atau masih bercakap-cakap atau menuturkan perkara-perkara lain selain daripada kalimah tauhid maka diulangi lagi talkin tersebut sekali lagi, mudah-mudahan matinya nanti di akhiri dengan menyebut kalimah “La Ilaha Illallah” sebagaimana hadith Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:-

Maksudnya:
Dari Muaz bin Jabal ia berkata, sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: Barangsiapa yang akhir kalamnya “La Ilaha Illallah” maka ia akan dimasukkan ke dalam syurga. (Riwayat Al-Imam Abu Daud).

Semoga kita bersama dapat menjalankan ibadah kita dengan adab-adab yang sesuai dan mendapat keredhaan daripada_Nya.

62 tolak 1

Assalammualaikum....
Rakan-rakan kita Fasa 1 BIG telah selamat pergi ke Teluk Kemang Port Dickson untuk menjalani aktiviti mereka....

Namun, peserta yang seharusnya melaporkan diri pada hari iaitu seramai 62 orang tidak memenuhi koata yang telah ditetapkan. Seorang daripada mereka telah terlibat dengan kemalangan fizikal yang menyebabkan dirinya kini berada dihospital kerajaan dan perlu dibedah pada keesokkan harinya.

MUHAMMAD SHAZYZREEN BIN ROSLAN kuliah PISMP 1.02 (Pengajian Agama) telah terlibat dengan kemalangan semalam. Shayzreen mengalami kecederaan pada bahagian kaki dan menampakkan tulang kakinya . Kini beliau berada di Hospital Serdang dan akan dibedah pada hari ini atau keesokkan hari. Semoga dirinya selamat dan dapat menjalani aktiviti harian seperti biasa...

Saturday, April 18, 2009

BINA INSAN GURU (B.I.G)

Bina insan guru merupakan program yang memerlukan ketahanan mental dan fizikal pelatih-pelatih guru Institut Pendidikan Guru Malaysia. Fasa 1 BIG IPGM KPIS PISMP SEM 1 adalah pada 20hb-23hb April 2009. Manakala fasa kedua adalah pada 4hb-7hb Mei 2009.

Antara aktiviti yang akan kami semua jalani adalah seperti aktviti air dan darat....
Kami, AJK BATCH 0707 ingin mengucapkan selamat menjalani BIG kpd semua ahli2 batch dan selamat kembali..semua kalian dan kami semua dapat menjalani aktiviti ini dengan selamat dan bergembira ye semua....







*sekadar gmbr hiasan

Wednesday, April 15, 2009

BARISAN BARU BATCH PISMP SEM 1

Disebabkan kekangan masa dan komitmen ajk Batch, mesyuarat batch PISMP sem 1 2009 bagi memperkenalkan exco2 baru akan di tunda kepada suatu masa yang akan dibincangkan oleh Majlis Tertinggi Batch. Oleh yang demikian, saya selaku Penolong Ketua Batch memohon maaf jika tidak dapat memaklumkan kepada ahli2 batch yang lain akan hal ini.

Walau bagaimanapun, Barisan baru serta exco yang baru ditubuhkan akan di entrykan disini agar memudahkan semua pihak. Selamat datang dan selamat berkhidmat kepada Exco-exco yang baru iaitu:

1) SITI ATIQAH BINTI ALI dari kelas PISMP 1.03 (Pengajian Sosial)
- Memegang portfolio Naib Setiausaha Batch menggantikan SITI HAJAR BINTI MUSA

2) AQILATUZZAHRAH BINTI AZHARUDDIN dari kelas PISMP 1.04 (Pendidikan Pra Sekolah)
- Memegang portfolio Naib Exco Helwi Batch menggantikan NURUL SAKINAH MAWADDAH BINTI MARZOKI yang menggantikan NUR RIHAZRIN BINTI RAHMAN

3) NOOR NABILLA HUDA BINTI SHAMSUDIN dari kelas PISMP 1.05 (Pendidikan Pra Sekolah)
- Memegang portfolio Naib Exco Ekonomi Batch menggantikan HALIMATUS SAADAH BINTI MISNAN



Exco Kebajikan merupakan portfolio baru batch PISMP sem 1 dan telah ditubuhkan atas dasar menjaga kebajikan ahli2 batch. Exco ini juga akan memantau prestasi akademik dan tugas-tugas khas yang memerlukan mereka melakukan penambahbaikan.

Exco ini dipegang oleh saudara MOHD FIKRI BIN NORDIN dari kelas PISMP 1.02(Pengajian Agama) dan dibantu oleh saudari SAIDATUL MUALLIMAH BINTI MOHD ZAKI dari kelas PISMP 1.06 (Pendidikan Pemulihan)



p/s: gambar yang disiarkan boleh dirunding bagi segala penukaraan jika Exco-exco tidak berpuas hati. Gambar secara 'soft copy' boleh diserahkan kepada MOHD ZAKI BIN MOHAMED SOM di kelas 1.03 bagi kelas PISMP 1.01, 1.02 & 1.03. Manakala kelas PISMP 1.04, 1.05, dan 1.06 sila serahkan gmbar anda kepada NUR SYAHIRAH ANUAR di kelas PISMP 1.04.

Solat Dhuha & Sarapan Perdana

Tentatif Program

JUMAAT 17 APRIL 2009

11.00 : Jom pi Masjid (Solat Dhuha)
11.15 : Sarapan
11.30 : Bersurai

Semua pelajar PISMP sem 1 yang berminat boleh memberi nama kepada saudari Hanan/ saudara Bukhari pada hari Rabu dan selewat-lewatnya pada hari khamis, 18 April 2009.

Anjuran Biro Dakwah dan Kerohanian PISMP sem 1 dengan kerjasama barisan MT batch dan Biro Dakwah dan Kerohanian JPP.
marilah kita bersama-sama memohon keredhaan dri yang Esa dan memohon agar pintu rezeki kita dan keluarga sentiasa diberkati oleh-Nya

KELEBIHAN SOLAT DHUHA

Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:

“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”

(Riwayat Ahmad)


Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.


Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:

“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”

(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :

“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”

(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”


Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”

(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)


Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”

(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)


Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.


Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)


Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : ” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).

Friday, April 3, 2009

Sekalung Penghargaan....

Sekalung Penghargaan diucapkan kpd mantan Exco Batch PISMP ambilan Januari 2009 yang telah banyak berkhidmat dan memberikan pandangan dan pendapat dalam penambahbaikan batch kita semua....

Mantan Exco batch ini kini telah berkhidmat dibawah pimpinan JPP IPGM Kampus Pendidikan Islam 09/10.... segala jasa dan usaha mereka amat dihargai dan semoga berlakunya perubahan jawatan ini akan mewakilkan suara-suara kita bersama.....



Siti Hajar Binti Musa (Mantan Naib Setiausaha Batch - Exco Kolej Kediaman JPP)

Halimatus Saadah Binti Misnan (Mantan Naib Exco Ekonomi Batch - Naib Exco Seranta JPP)

Nur Rihazrin Binti Rahman (Mantan Exco Helwi Batch - Naib Setiausaha Kehormat JPP)