CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, January 7, 2009

MAKLUMAN PENTING

assalamualaikum dan salam sejahtera..

saudara YDP memaklumkan saya mengenai status terbaru perkembangan sama ada akan berlaku perpindahan ke maktab lain dalam kalangan pelajar batch kita.

beliau memberitahu bahawa PELAJAR KOS PJ/BI/BM AKAN BERPINDAH KE INSTITUT PERGURUAN ILMU KHAS.

2 DARIPADA 3 KELAS KOS KAJIAN SOSIAL/BI/BM AKAN BERPINDAH KE INSTITUT PERGURUAN BAHASA ANTARABANGSA DAN INSTITUT PERGURUAN RAJA MELEWAR. setakat ini tidak dipastikan lagi kelas mana yang akan berpindah dan yang mana akan kekal di IPI.

harap maklum.

surat tawaran ijazah

Kepada yang berkenaan
Saudara / saudari,
PENDAFTARAN TAHUN PERTAMA POGRAM IJAZAH MUDA PERGURUAN BAGI PELAJAR PISMP AMBILAN JANUARI 2009
Merujuk kepada perkara diatas,

2. sukacita pihak institut mengucapkan tahniah kepada saudara/ saudari kerana ditawarkan mengikuti kursus berkenaan. Sehubungan dengan itu saudara / saudari dikehendaki melaporkan diri di asrama institut Perguruan Islam ssebagaimana butiran berikut:
Tarikh : 11 januari 2009(Ahad)
Masa : 2.00 – 5.00 petang
Tempat : Blok C Asrama Siti Khadijah IPIS
3. semua pelajar akan memulakan kuliah mulai 12 januari 2009(isnin) jam 7.30 pagi. Tiada minggu orientasi.
Sekian , “Selamat Datang Dan Selamat Berkursus”. Terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,

(DATIN SITI ZABEDAH BINTI OTHMAN)
b.p Pengarah
Institut Perguruan Islaam Selangor.
s.k 1. penyalaras PISMP
2. penyelia asrama
3. fail timbul

best wishes =)





Adakah kita mengambil pedoman tentang perjalanan hari atau tahun ini yang berlalunya tidak akan kembali lagi? Hari demi hari yang berlaku bermakna semakin dekat kita ke penghujung usia dan hari Akhirat serta semakin meninggalkan jauh dunia serta kemewahannya di belakang kita. Setiap detik yang berlalu memberi maksud semakin sedikit baki umur yang tinggal maka beruntunglah mereka yang memanfaatkan baki hidup mereka tersebut sebelum bertemu dengan Allah s.w.t.

“Allah menukar ganti malam dan siang, sesungguhnya pada demikian itu satu iktibar yang besar bagi mereka yang mempunyai penglihatan mata hati.” - An-Nur 44

Tidakkah kita perhatikan kepada perjalanan tahun yang bertambah dari setahun ke setahun? Apabila setiap kali tahun baru menjelma, tidakkah kita perhatikan betapa jauhnya penghujung bagi tahun yang bakal kita hadapi tersebut? Tetapi tanpa kita sedari perjalanan hari bergerak dengan pantas dan laju dan akhirnya kita telah berada di penghujung tahun pula. Begitulah umur kita, jika anda sekarang berumur 30-an maka sudah tentu terasa baru je merasa alam remaja 20-an, begitu juga bagi remaja 20-an akan merasa baru sahaja melalui alam kanak-kanak.

Oleh itu kita mengucapkan selamat tinggal kepada tahun 1429 dan sama-sama menyambut ketibaan tahun 1430 hijriah. Persoalannya - apakah perasaan kita terhadap tahun yang telah berlalu? Apakah pula persiapan dan azam kita untuk tahun yang bakal menjelma nanti?

Maka sama-samalah kite muhasabah diri ini di samping mengambil pedoman dari pengalaman yang lalu, renungi segala kesilapan dan kesalahan agar kita dapat memperbaikinya untuk tahun baru ini pula.

Ingatlah pesanan Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

“Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara : “masa mudamu sebelum datang masa tuamu, masa sihatmu sebelum datang masa sakitmu, masa kayamu sebelum datangnya masa miskinmu, masa lapangmu sebelum datangnya masa sibukmu dan masa hidupmu sebelum datangnya masa matimu.“

Maka masa kita berpeluang mempertingkatkan ibadat maka perlulah kita melakukannya secara bersungguh-sungguh begitu juga dengan urusan dunia kita perlulah dilakukan dengan penuh bersungguh-sungguh dan ikhlas sebelum kita tidak berpeluang untuk melakukannya.