CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, December 27, 2009

HARI ASYURA

Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):



1.Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2.Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3.Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.

4.Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5.Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.

6.Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7.Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8.Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."

9.Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10.Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.

11.Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.

12.Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.

13.Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14.Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Saturday, December 19, 2009

AWAL MUHARRAM

Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat Menyambut Maal Hijrah dan salam AWAL MUHARRAM... semoga tahun baru ini Allah permudahkan hasrat dan cita-cita dalam menjadi seorang insan dan bakal guru yang cemerlang.. Namun walau kuat dan tekadnya AZAM kita untuk tahun yang baru ini, jgn lpe berTAWAKAL anda kepada ALLAH kerana dialah penentu rancangan yang sebaik-baiknya.

"Berpuasa kamu pada hari ke sembilan dan sepuluh Muharam dan jangan meniru cara orang-orang Yahudi." - Riwayat Al Baihaqi tambahan satu lagi bahan".

Berkata para ulama' salaf, 14 malam yang afdhal dihidupkan: •
- Malam Awal Muharram
- Malam 10 Muharram
- Malam Awal Rejab
- Malam 15 Rejab
- Malam 27 Rejab
- Malam 15 Sya'ban
- Malam Arafah
- Malam dua hari raya (Malam 1 Syawal dan Malam 10 Zulhijjah)
- Malam-malam ganjil pada 10 hari akhir Ramadhan (21, 23, 25, 27, 29)

Amalan-amalan yang disunatkan pada malam tersebut:
a) Qiamullail
- Solat Tahajjud
- Solat Hajat
- Solat Sunat Taubat
b) Membaca Al-Quran
c) Zikir

2. Bersabda Rasulullah s.a.w.:

"Sesiapa yang berpuasa sehari dalam bulan Muharram maka baginya menyamai 30 hari berpuasa."

"Sesiapa yang berpuasa pada 10 Muharram maka ALLAH anugerahkan pahala 10 ribu ibadah para Malaikat, dan dikurniakan pahala 10 ribu syuhada' (mati syahid), dan dikurniakan pahala 10 ribu pahala Haji dan Umrah"

"Sesiapa yang melapangkan kesempitan keluarganya pada 10 Muharram maka ALLAH melapangkan kesempitannya sepanjang tahun tersebut."

"Seafdhal-afdhal puasa selepas puasa Ramadhan ialah puasa dalam bulan Muharram dan seafdhal-afdhal solat selepas solat fardhu ialah solat pada 1/3 malam 10 Muharram"

3. Bertanya para sahabat :
"Wahai Rasulullah ! Apakah kelebihan 10 Muharram berbanding dengan hari-hari yang lain ?" Sabdanya :-

1. ALLAH menciptakan langit, bintang dan sebagainya pada 10 Muharram
2. ALLAH menciptakan gunung-ganang pada 10 Muharram
3. Diciptakan lautan pada 10 Muharram
4. Diciptakan Qalam (pena untuk menulis amal manusia) pada 10 Muharram
5. Diciptakan papan tulis (Luh Mahfuz) pada 10 Muharram
6. Diciptakan Adam a.s. pada 10 Muharram
7. Dimasukkan Adam a.s. ke dalam syurga pada 10 Muharram
8. Dilahirkan Ibrahim a.s. pada 10 Muharram
9. Diselamatkan Ibrahim a.s. dari api Namrud pada 10 Muharram
10. Diselamatkan anaknya Ismail a.s. dari sembelihan pada 10 Muharram
11. Ditenggelamkan Fir'aun pada 10 Muharram
12. Diampunkan dosa Daud a.s. pada 10 Muharram
13. Dilahirkan Isa a.s. pada 10 Muharram
14. Dikeluarkan Idris a.s. daripada perut ikan Nun pada 10 Muharram
15. Disembuhkan penyakit Ayub a.s. pada 10 Muharram
16. Diangkat Isa a.s. ke langit pada 10 Muharram
17. Diterima taubat Adam a.s. pada 10 Muharram
18. Dianugerahkan tahta kerajaan kepada Sulaiman a.s. pada 10 Muharram
19. Diciptakan Arasy pada 10 Muharram
20. Awal-awal hujan yang turun dari langit pada 10 Muharram
21. Awal-awal rahmat diturunkan pada 10 Muharram
22. Diselamatkan bahtera Nuh a.s. daripada tenggelam pada 10 Muharram


Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah

Wednesday, December 9, 2009

Tips Menghadapi musim banjir

Musim hujan telah tiba. Kepada rakan-rakan di pantai timur khususnya diharap bersabar dengan bencana alam yg menimpa... Kami mengharapkan anda semua dapat mengharungi dugaan dengan keimanan yg utuh...

Beberapa tips dan panduan yang boleh dijadikan pedoman dalam menghadapi musim banjir.... Selain payung masih banyak yang harus disiapkan agar musim hujan ini tidak mengganggu pergerakan seharian Anda.

1) Payung merupakan alat yang wajib di bawa ketika musim hujan tiba. Jangan sampai aktiviti anda terganggu kerana tidak membawa payung.

2) Jangan lupa membawa jaket untuk langkah berjaga-jaga. Tentunya suhu udara akan turun drastis saat musim hujan.

3) Jagalah kesihatan Anda pada musim hujan kerana penyakit seperti flu, batuk, hingga demam kerap menjadi penyakit yang datang pada musim hujan. Minumlah minuman yang mengandungi vitamin agar Anda tetap fit dan segar dalam melakukan aktviti harian.

4) Selain itu jagalah tubuh Anda. Kepenatan melakukan aktiviti yang menyeksakan tubuh badan sering menjadi salah satu faktor Anda jatuh sakit. Perbanyakkan minum air yang hangat untuk melawan suhu dingin.

5) Pastikan kenderaan Anda dalam keadaan fit sehingga tidak rosak di tengah jalan. Lakukan service di bengkel langganan untuk menghindari kelewatan penggantian spare part kendaraan Anda.

6)Bagi Anda yang menggunakan kenderaan pastikan keadaan kenderaan seperti lampu kendaraan, wiper dan tayar dalam keadaan baik. Hal ini kerana jika berlaku sesuatu masalah, maka akan melambat dan mengganggu perjalanan Anda. Bagi anda yang menggunakan motosikal, pastikan sentiasa membawa baju hujan untuk lngkah berjaga-jaga.

7)Ada baiknya jika Anda mengetahui jalan alternatif. Gunanya adalah untuk menghindari jalan-jalan yang terkena banjir. Jangan sekali-kali mengharungi banjir yang tinggi. Hal ini dapat membuat kendaraan Anda rosak dimasuki air akibat banjir....

Ambillah tips ini sebagai langkah pencegahan dan berjaga-jaga... Mencegah itu lebih baik daripada mengubati..huhuhu.....

Thursday, December 3, 2009

QASEH SAYANG Penguat Ukhuwah

Untuk kesekian kalinya pihk Ajk Batch memohon maaf atas kesulitan dan kekangan waktu dalam mengendalikan blog yang melibatkan aktivit batch..

Selepas menjelangnya hari raya adil fitri, kami satu batch dengan jayanya telah melaksanakan aktiviti batch yang julung-julung kalinya dilaksanakan. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti mengadakan sukaneka batch sekaligus mengadakan Jamuan Akhir tahun Batch 2009 dan dirasmikan oleh Yang DiPertua JPP, saudara Shahrin pada sebelah petangnya di padang hoki lelaki blog B.

Alhamdulillah dengan Izin dari-Nya, aktiviti yang julung2 kalinya ini dapat kita laksanakan bersama dan memperlihatkan ukhuwah yang terbina kian erat... InsyaAllah dengan eratnya qaseh sayang yang dipupuk dapat memantapkan nama batch kita bersama..

Antara urus setia yang terlibat dalam menjayakan sukaneka muslimat

Bergambar di mlm jamuan

Wajah2 Batch PISMP sem 2

Tunjuk ape 2??? :-)

Bakal2 ustaz.. oopps!!!

Antara hadiah yg dipertandingkan....

Cenderahati kepada semua ahli yg bersama-sama menjayakan sukaneka batch 09..

P/s : sungguhpun telah lama berlangsung acara ini, namun kenangan tetap dihati.... alhamdulillah kita telah sama2 selamat menduduki peperiksaan untuk semester 2 dan bersama-sama menyambut Aidil Adha bersama keluarga tercinta... semua cuti ini dimanfaatkan dengan sebaiknya... amin... (gambar2 ni ade cilok mane2 tau.. harap dpt dmaafkan cz admin xde gmbr tk jamuan nie... bz sesgt... huhu)

Thursday, September 17, 2009

MINAL AIDIL WAL FAIZIN

Saya, naquiah wakil barisan sayap2 batch ambilan Januari 2009 ini mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR & BATIN....

Kami juga memohon seribu kemaafan atas salah silap dan kekurangan sepanjang kami mengendalikan dan memimpin ahli2 batch pada tahun ini...

Semoga lebarn yang tiba dapat memberi ruang merapatkan jurang dan saling maaf-memaafkan....
SELAMAT BERCUTI DAN MENYAMBUT SYAWAL YANG MULIA BERSAMA INSAN YANG TERSAYANG....

P/s: mohon maaf krn tidak dapat melaksanakan ifthar perdana batch pada tahun ini..insyaAllah selepas naik cuti raya depan kita akan laksanakan jamuan raya perdana peringkat batch... InsyaAllah....

Dengan sokongan dan kerjasama anda sekalian, akan menjadi pemangkin kepada kejayaan batch kita bersama.... Amin....

Sunday, September 6, 2009

NUZUL QURAN DAN LAILATUL QADAR

Nuzul Al-Quran


Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)



Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran

Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.

Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT

Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)



Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Saturday, August 29, 2009

Marhaban ya Ramadhan

Selamat datang ramadhan bulan penuh ampunan
Selamat datang ramadhan bulan penuh ganjaran

Mari kita menyambut dengan hati gembira
Mari kita menyambut dengan hati bahagia

Allah jadikan ramadhan bulan penuh berkat
Allah jadikan ramadhan bulan penuh rahmat

Perbanyaklah ibadat jangan lupa sedekah
Perbanyaklah tadarus jangan lupa selawat.

Selamat datang bulan yang tiap hari mulia
Selamat datang bulan yang malamnya pun mulia

Nafas dan tidur kita pun mendapat pahala
Dosa pun diampuni doa pun diterima


p/s : Hadad Alwi ft. ANTI - Marhaban Ya Ramadan

Wednesday, August 26, 2009

Adab Berpuasa

Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut. Antara yang terpenting adalah:

1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya;

2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia;

3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.

Ulama silam pernah berpesan: “Apabila kamu berpuasa maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka?” Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri daripada terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal;

4. Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Rasulullah s.a.w.: Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga. (Riwayat an-Nasaei)

Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam sama ada mereka sedang berpuasa atau tidak. Apatah lagi bagi yang berpuasa, ia lebih dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasulullah, Puasa itu adalah ‘perisai', sekiranya seseorang daripada kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakan kepada orang itu: “Saya sedang berpuasa.” (Riwayat Bukhari dan Muslim);

5. Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang dan hatinya ceria. Itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai;

6. Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. Penggemblengan diri dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadan.

7. Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadan, bahkan mengambil kesempatan bagi beribadat kepada Allah dan mengingati-Nya sebaik mungkin. Justeru, dia tidak melakukan perkara duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang berada di bawah tanggungannya. Demikian yang selayaknya dilakukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini sama seperti pada hari Jumaat yang sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhirat;

8. Mempraktikkan amalan sunah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ia tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.
Nabi s.a.w. berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib. Sabda baginda: Umatku sentiasa berada dalam keadaan baik (berkat) selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan sahur. (Riwayat Bukhari dan Muslim);

9. Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda baginda s.a.w.: Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa). (Riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Khuzaimah)

10. Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat terawih, witir dan sebagainya.

Semoga adab-adab ini menjadi pakaian kita sehari-harian sepanjang bulan Ramadhan ini... InsyaAllah....

Sunday, August 23, 2009

Info Ramadhan

10 Perkara Sunat di bulan Ramadhan....

1. Menyegerakan berbuka puasa.
2. Berdoa ketika berbuka.
3. Bersahur dan melewatkan waktunya.
4. Banyak bersedekah dan berbuat baik.
5. Meninggalkan perkataan keji.
6. Banyak membaca al-Quran dan menuntut ilmu.
7. Menghidupkan malam Ramadhan, terutamanya dengan mendirikan solat Tarawikh.
8. Banyak berdoa kepada Allah.
9. Meningkatkan ibadat pada 10 malam terakhir Ramadhan.
10. Iktikad di masjid.

TAHUKAH ANDA???

Para ulamak membahagikan puasa kepada tiga kategori:

a) Awam
- Puasa yang dilakukan oleh golongan yang sekadar menahan diri daripada makan, minum, merokok dan hubungan seks. Puasa jenis ini rendah martabatnya.

b) Khawas
- Puasa golongan yang bukan sahaja menahan diri daripada makan, minum, merokok, hubungan seks, tetapi juga menahan pancaindera dan melakukan perkara-perkara yang tidak disukai Allah. Inilah puasa orang-orang yang soleh.

c) Makrifat
- Puasa yang lebih tinggi martabatnya.

p/s: semoga anda dapat manfaatkan info ini ye.. ;-) (teringat pose mse kck2... ngelat..heheh)

Monday, August 17, 2009

HIKMAH PUASA RAMADHAN


"Wahai orang-orang yang beriman ! Diwajibkan kepada kamu puasa sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang yang sebelum kamu,supaya kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa." (S.al-Baqarah:183)

PUASA menurut syariat ialah menahan diri dari segala sesuatu yang membatalkan puasa (seperti makan, minum, hubungan kelamin, dan sebagainya) semenjak terbit fajar sampai terbenamnya matahari,dengan disertai niat ibadah kepada Allah,karena mengharapkan redho-Nya dan menyiapkan diri guna meningkatkan Taqwa kepada-Nya.

RAMAHDAH bulan yang banyak mengandung Hikmah didalamnya.Alangkah gembiranya hati mereka yang beriman dengan kedatangan bulan Ramadhan. Bukan sahaja telah diarahkan menunaikan Ibadah selama sebulan penuh dengan balasan pahala yang berlipat ganda,malah dibulan Ramadhan Allah telah menurunkan kitab suci al-Quranulkarim,yang menjadi petunjuk bagi seluruh manusia dan untuk membedakan yang benar dengan yang salah.

Puasa Ramadhan akan membersihkan rohani kita dengan menanamkan perasaan kesabaran, kasih sayang, pemurah, berkata benar, ikhlas, disiplin, terthindar dari sifat tamak dan rakus, percaya pada diri sendiri, dsb.

Meskipun makanan dan minuman itu halal, kita mengawal diri kita untuk tidak makan dan minum dari semenjak fajar hingga terbenamnya matahari,karena mematuhi perintah Allah.Walaupun isteri kita sendiri, kita tidak mencampurinya diketika masa berpuasa demi mematuhi perintah Allah s.w.t.

Ayat puasa itu dimulai dengan firman Allah:"Wahai orang-orang yang beriman" dan disudahi dengan:" Mudah-mudahan kamu menjadi orang yang bertaqwa."Jadi jelaslah bagi kita puasa Ramadhan berdasarkan keimanan dan ketaqwaan.Untuk menjadi orang yang beriman dan bertaqwa kepada Allah kita diberi kesempatan selama sebulan Ramadhan,melatih diri kita,menahan hawa nafsu kita dari makan dan minum,mencampuri isteri,menahan diri dari perkataan dan perbuatan yang sia-sia,seperti berkata bohong, membuat fitnah dan tipu daya, merasa dengki dan khianat, memecah belah persatuan ummat, dan berbagai perbuatan jahat lainnya.Rasullah s.a.w.bersabda:

"Bukanlah puasa itu hanya sekedar menghentikan makan dan minum tetapi puasa itu ialah menghentikan omong-omong kosong dan kata-kata kotor."
(H.R.Ibnu Khuzaimah)

Beruntunglah mereka yang dapat berpuasa selama bulan Ramadhan, karena puasa itu bukan sahaja dapat membersihkan Rohani manusia juga akan membersihkan Jasmani manusia itu sendiri, puasa sebagai alat penyembuh yang baik. Semua alat pada tubuh kita senantiasa digunakan, boleh dikatakan alat-alat itu tidak berehat selama 24 jam. Alhamdulillah dengan berpuasa kita dapat merehatkan alat pencernaan kita lebih kurang selama 12 jam setiap harinya. Oleh karena itu dengan berpuasa, organ dalam tubuh kita dapat bekerja dengan lebih teratur dan berkesan.

Perlu diingat ibadah puasa Ramadhan akan membawa faaedah bagi kesehatan
rohani dan jasmani kita bila ditunaikan mengikut panduan yang telah ditetapkan, jika tidak maka hasilnya tidaklah seberapa malah mungkin ibadah puasa kita sia-sia sahaja.

Allah berfirman yang maksudnya:

"Makan dan minumlah kamu dan janganlah berlebih-lebihan sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan." (s.al-A'raf:31)

Nabi s.a.w.juga bersabda:

"Kita ini adalah kaum yang makan bila lapar, dan makan tidak kenyang."

Tubuh kita memerlukan makanan yang bergizi mengikut keperluan tubuh kita. Jika kita makan berlebih-lebihan sudah tentu ia akan membawa muzarat kepada kesehatan kita. Boleh menyebabkan badan menjadi gemuk, dengan mengakibatkan kepada sakit jantung, darah tinggi, penyakit kencing manis, dan berbagai penyakit lainnya. Oleh itu makanlah secara sederhana, terutama sekali ketika berbuka, mudah-mudahan Puasa dibulan Ramadhan akan membawa kesehatan bagi rohani dan jasmani kita. Insy Allah kita akan bertemu kembali.

Allah berfirman yang maksudnya: "Pada bulan Ramadhan diturunkan al-Quran
pimpinan untuk manusia dan penjelasan keterangan dari pimpinan kebenaran
itu, dan yang memisahkan antara kebenaran dan kebathilan. Barangsiapa menyaksikan (bulan) Ramadhan, hendaklah ia mengerjakan puasa.

(s.al-Baqarah:185)

Sunday, August 16, 2009

SELAMAT

Selamat Bercuti diucapkan kepada semua rakan-rakan Future's Educators....
Selamat menjalani PBS kali kedua juga diucapakan... kepada mereka yang menjalani PBS di negeri2 Pantai Timur dan Utara, harini merupakan hari 1st mereka...
Persiapkanlah diri andai sebagai Murabbi sejati....

Selepas Seminggu PBS nnt kita akan menghadapi bulan mulia, bulan Ramadan al-Mubarak...
Oleh itu, selamat berpuasa bersama keluarga tercinta diucapkan kepada semua ahli2 BAtch Ambilan JAnuari 2009 IPGM KPI... semoga kita mendapat menfaat atas limpahan rezki dan kurniaan dari Ilahi...

Thursday, August 6, 2009

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya
(Teka Teki ) :

Imam Ghazali = ' Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 =Orang tua
'Murid 2 =Guru
'Murid 3 = Teman
'Murid 4 =Kaum kerabat

Imam Ghazali = Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI.

Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Sunday, July 26, 2009

Bulan Syaaban....

Bulan Syaaban adalah bulan kelapan menurut kiraan takwim Hijriyyah yang padanya mempunyai 28 hari. Syaaban bermaksud bercerai-berai. Dinamakan Syaaban kerana di dalam bulan ini masyarakat Arab pada ketika itu bertebaran ke merata-rata tempat untuk mencari air disebabkan kemarau yang berpanjangan.

Bulan Syaaban merupakan di antara bulan yang mulia dan mempunyai beberapa kelebihan dan keistimewaan tertentu padanya. Padanya digalakkan untuk memperbanyakkan ibadat sepertimana di bulan Ramadhan, Rejab, Muharam dll juga. Di samping itu juga bulan Syaaban ini adalah bulan untuk persediaan bagi menyambut ketibaan bulan Ramadhan.

Masyarakat Arab ada menggambarkan kemuliaan bulan Syaaban ini dengan beberapa huruf dan ertinya yang tersendiri antaranya:

01. Kemuliaan darjat Rasulullah S.A.W. di atas kurniaan bulan Syaaban kepadanya sehingga dinamakan bulan ini adalah bulan Nabi S.A.W.

02. Keperkasaan dan ketinggian.

03. Kebaikkan dan kebajikan yang dilakukan pada bulan ini akan mendapat ganjaran pahala yang besar daripada Allah Taala.

04. Kasih-sayang dan kemesraan.

05. Cahaya keimanan dan cahaya ibadat yang dikurniakan oleh Allah Taala kepada hambaNya yang bertakwa.


ANTARA PERISTIWA DI BULAN SYAABAN

01. Berkata Imam Nawawi: Hari Nisfu Syaaban pada 15 haribulan tahun kedua Hijrah telah berlaku pertukaran kiblat umat Islam.

Iaitu dari Masjid al-Aqsa ke Kaabah di Masjid al-Haram.

02. Berlaku peperangan Bani Mustalik pada tahun kelima Hijrah. Kemenangan berpihak kepada Islam.

03. Berlaku peperangan Badar yang terakhir pada tahun keempat Hijrah.


ANTARA AMALAN DI BULAN SYAABAN

Memperbanyakkan puasa sunat.

Saidatina Aisyah berkata:

Aku tidak pernah melihat Rasulullah S.A.W. menyempurnakan puasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat baginda memperbanyakkan berpuasa sepertimana pada bulan Syaaban.

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Saidatina Aisyah berkata:

Nabi Muhammad S.A.W. tidak banyak berpuasa melainkan pada bulan Syaaban dan baginda telah berpuasa sebulan penuh pada bulan Sya’ban. Dan adalah baginda bersabda: Lakukanlah amalan yang mana kamu mampu membuatnya maka sesungguhnya Allah tidak membebankan (mewajib) kamu sehingga kamu merasa berat dengan bebanan. Dan apa yang disukai oleh Rasulullah S.A.W. adalah sembahyang (sunat) yang sentiasa dibuat sekalipun sedikit. Dan adalah baginda apabila mendirikan sembahyang maka baginda sentiasa berterusan di dalam berbuat demikian.

(Riwayat Bukhari dan Muslim).

Melazimi Berzikir dan Berdoa

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Allah mencurahkan kebajikan pada empat malam iaitu malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam Nisfu Syaaban dan malam Arafah.

(Riwayat Baihaqi).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Doa merupakan otak kepada ibadat.

(Riwayat at-Tarmizi).

Saidatina Aisyah berkata:

Adalah Rasulullah S.A.W. mengingati Allah (berzikir kepada Allah) setiap masa.

(Riwayat Muslim).

Sentiasa Bertaubat dan Beristigfar

Firman Allah Taala bermaksud:

Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya.

(Surah an-Nur: ayat 31).

Friday, July 24, 2009

PENGUMUMAN!!!

Program Bina Insan Guru Semester 2 Fasa 2 2009
“Seminar Perancangan Kewangan”
Anjuran: Permodalan Nasional Berhad
Dengan kerjasama: Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Tarikh: 27/7/2009
Masa: 10 pagi – 12 tengah hari
Tempat: Dewan Syarahan Idris al-Marbawi



Semua Pelajar PISMP Sem 2 diwajibkan hadir....

10 wasiat Imam Syafie

SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:
“Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat makan hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara.”

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.
KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.
KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.
KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.
KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.
KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha’ Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.
KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI SAW
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.
KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan

Thursday, July 9, 2009

Cara menghadapi musibah dan kegagalan..

1. Bersabar dan redha.

Allah s.w.t berfirman:

"...Dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh) Allah." (Surah Luqman: 17)

Jika masih sukar juga hendak bersabar, maka jalan terbaik ialah menyedari bahawa penyesalan atau mengeluh akan takdir Allah tidak membawa apa-apa manfaat pun, malah boleh mengundang kemurkaan Allah. Lebih baik jika kita bersabar dan merancang tindakan seterusnya daripada memikirkan nasib atau berkeluh-kesah.

2. Mengucapkan lafaz istirjaa' dan membaca doa musibah.

Lafaz istirjaa' iaitu "Innalillahi wainna ilaihi rajiun" ada diajar di dalam Al-Quran, ayat tersebut bermaksud:

"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan kelaparan, kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. [Innalillahi wainna ilaihi raajiun]". (Surah Al-Baqarah: 155-156)

Antara kesilapan masyarakat kita hari ini ialah menganggap ucapan ini hanyalah untuk kematian sahaja. Sebenarnya tidak begitu, berdasarkan ayat di atas jelaslah bahawa lafaz istirjaa' ini patut disebut setiap kali ditimpa kesusahan.

Selain itu kita juga dianjurkan untuk mengamalkan doa sunnah ketika menghadapi musibah.

Doa ini berdasarkan hadith sahih diriwayatkan oleh Imam Muslim. Doanya mudah saja, setelah membaca lafaz istirjaa', sebutkan "Allahumma ajurni fi musiibati, wa akhlif li khairan minha" yang bermaksud "Ya Allah berilah aku pahala dari musibahku ini dan gantilah dengan sesuatu yang lebih baik daripadanya". Rasulullah memberitahu lagi, dengan mengamalkan lafaz istirjaa' kemudian diikuti doa ini, Allah pasti akan memberinya pahala atas musibah tersebut dan menggantinya dengan sesuatu yang lebih baik daripadanya. MasyaAllah.

3. Berusaha untuk mengatasi kelemahan dan memperbaiki kesilapan.

Setiap yang berlaku pasti ada sebab di sebaliknya. Seperti yang disebutkan dalam artikel sebelum ini, jika musibah menimpa kerana kesalahan diri sendiri yang disengajakan, maka apa yang berlaku adalah disebabkan diri sendirilah. Jika kita mahu Allah s.w.t mengubah nasib kita, maka kita sendiri harus memulakan langkah perubahannya. Hal ini jelas sepertimana dalam firman Allah s.w.t:

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri" (Surah Ar-R'ad: 11)

Sebab itu, berusahalah untuk meningkatkan prestasi diri senantiasa. Jangan putus asa, sebab berdasarkan ayat Al-Quran dalam artikel sebelumnya sudah dijelaskan bahawa sifat putus asa adalah sikap orang-orang kafir. Mudah-mudahan Allah akan memberikan kemudahan dan kejayaan. Amin.

4. Melihat orang yang di bawah, bukan di atas.

Antara ciri minda muslim yang sejati ialah apabila menilai konteks nikmat duniawi, dia sentiasa melihat orang-orang yang dibawahnya, bukannya orang di atas. Apabila ditimpa musibah, dia berkata "Alhamdulillah, sekurang-kurangnya bencana yang menimpa aku tidaklah seteruk orang itu" atau kata-kata seperti ini. Berfikir sebegini mengurangkan rasa ingin berkeluh-kesah bahkan boleh membantu menyemai benih sikap redha dan qanaah.

Itu dalam konteks urusan dunia.

Tapi dalam konteks akhirat pula, baik dalam keilmuan mahupun amal soleh, dia akan sentiasa melihat siapa yang di atasnya dan bersungguh-sungguh untuk menandingi mereka demi mencari redha Allah.

5. Menenangkan hati dengan mengingati Allah.

Segala musibah yang melanda adalah ketentuan Allah. Apabila hati kita sentiasa sedar akan hakikat ini, pasti tiada kegelisahan akan menimpa apabila ditimpa ujian musibah. Apabila hati sentiasa ingat akan Allah, hati akan menjadi tenang:

"..Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia." (Surah Ar-Ra'd: 28)

Cuba retrospeksi diri anda, apakah hati anda sentiasa tenang dan tenteram apabila ditimpa kesusahan? Ataupun sentiasa rasa gelisah? Jika anda jenis tidak berasa tenang hati, banyakkan lagi mengingati Allah. Lupakan kerisauan atau ketakutan kepada manusia, takutlah kepada Allah semata. Tingkatkan usaha dan berdoalah kepadanya, kemudian kepadaNya kita bertawakkal.

ReSuLT ExaM Dah KELuar!!

Assalamualaikum sahabat2 sekalian..
Untuk makluman semua, keputusan untuk peperiksaan semester lepas sudah dikeluarkan. Semakan boleh dilakukan di papan kenyataan di hadapan bilik SUP.

Tahniah untuk semua!!

Wednesday, July 8, 2009

"Sahabat"

Perihal Mengenai Sahabat

Mengekalkan persahabatan
Saling memberi kebebasan persahabatan memberi kita ruang untuk berkongsi suka duka bersama dan bukannya untuk saling menyakiti dan membenci di antara satu sama lain. Tetapi menjadi sahabat baik juga tidak bermakna kamu harus memiliki seluruh ruang hidupnya.

Misalnya, melarang temanmu membuat itu dan ini. Malah kamu juga sibuk mengatur perjalanan hidupnya. Ini jelas menunjukkan kamu terlalu mementingkan perasaan sendiri tanpa mempedulikan perasaan orang lain. Apalah salahnya jika kamu saling menghormati hak kebebasan dirinya. Dan apa yang penting, si dia jujur pada persahabatannya.

Saling Menahan rasa Cemburu
Ramai yang berkata cemburu itu bunganya cinta. Tanpa cemburu persahabatan yang dibina tak adalah 'thrill'nya. Tetapi cemburu yang membabi buta boleh menjejaskan hubungan. Ada baiknya sebelum api cemburumu memuncak, cuba selidiki dahulu kebenarannya. Jika ada yang tak kena, tanyalah temanmu itu dengan baik tanpa bersikap marah dan menuduh.

Usahakan untuk berbicara dengan fikiran yang matang dan tenang. Sebenarnya perasaan cemburu ini tidak perlu terlalu ditonjolkan kerana ini boleh membuatkan temanmu itu naik tocang. Dia akan mempergunakan kelemahan kamu itu untuk membuat kamu berasa cemburu dengan berulang kali. Tentu menyakitkan...

Saling Memahami
untuk menjadi sahabat yang baik kamu harus berusaha memahami dan mengenali diri sendiri serta permasalahannya dengan lebih mendalam. Misalnya temanmu itu menolak ajakanmu untuk keluar menonton wayang bersama, kamu tidak boleh membuat tanggapan yang bukan-bukan tentang dirinya. Mungkin dia mempunyai urusan yang mesti diselesaikan terlebih dahulu. Adalah lebih baik kamu mencari hiburan sendiri lagipun esok masih ada masa untuk kamu bertemu si dia.

Saling Mengalah
Demi menyelamatkan hubungan, tidak ada ruginya sekali sekala kamu bersikap mengalah. Kamu dan si dia sering bercanggah pendapat. Seperti melakukan tugasan,kamu inginkan kerja yang simple tetapi kawanmu ingin kerja yang lebih baik. Oleh kerana sayangkan tali persahabatan yang telah terbina sekian lama maka si dia sentiasa menuruti segala kemahuanmu semata-mata mahu menjaga hati dan perasaanmu. Tetapi bila difikirkan semula, apalah salahnya sekali sekala kamu pula yang beralah dan cuba belajar memahami minatnya. Situasi ini tentu akan membuat si dia berasa bahagia dan lebih menyayangi dirimu.

Saling Memberi Kemaafan
Memaafkan perlu tetapi tidak mudah selagi perasaan kesal dan kecewa menguasai diri. Tetapi sebagai insan biasa, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan dan kesilapan. Lagipun, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula kita sesama sendiri. Belajar menjadi seorang teman yang sudi memberi kemaafan kepada orang lain biarpun kamu sendiri tahu perkara itu bukanlah berpunca dari kesalahan atau kesilapan dirimu.

CARA-Cara memilih Sahabat

NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama,
Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua,
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalauia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga,
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat,
Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima,
Sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang beratdia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan ersama-sama sahabat yang mulia.

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara : "Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

Monday, July 6, 2009

Mukmin yang Diari...

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Seorang Lelaki

Yang Beriman
Yang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada Allah S.W.T.
Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu
Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala
Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya
Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar
Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah

Yang Menjaga Tuturkatanya
Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya
Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang Dicarinya
Yang Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana Sifatnya Yang Pelindung
Yang Mempunyai Ramai Kawan
Dan Tidak Mempunyai Musuh

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah

Yang Menghormati Ibubapanya
Yang Sentiasa Berbakti Kepada Kedua Orang Tua Dan Keluarga
Yang Bakal Menjaga Keharmonian Rumahtangga
Yang Akan Mendidik Anak-Anak
Dan Isteri
Mendalami Agama Islam
Yang Mengamalkan
Hidup Penuh Kesederhanaan Kerana Dunia Baginya Adalah
Rumah Sementara Menunggu Akhirat

Lelaki Acuan Al-Quran

Sentiasa Bersedia Untuk Agamanya

Selamat DatanG BULAn ReJAB


Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Let’s overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu.
Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:”

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab 1430h/Isra Mi’raj akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa

3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt

4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat

5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah

6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga

7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."

Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi’raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"

Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab i ni."

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."

Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"

Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."

saMA2 LAh KIter BerAMaL....:)

Monday, June 22, 2009

Semester Baru 2009

Selamat Kembali ke IPu GM KAMPIS dan selamat mengharungi semester musim baru thun 2009....

Semoga semester yg lepas banyak memberi kita pengajaran dan muhasabah dalam memperbaiki kelemahan kita semua.....

Untuk perhatian semua, tarikh Hari Guru telah ditunda ke tarikh 11 julai 2009 atas beberapa kekangan yang tidak dapat dielakkan.. Semoga semua AJK dan ahli batch dapat memberi perhatian dan menerima maklumat terkini daripada semasa ke semasa melalui ruangan di blog ini....tq :-)

Saturday, June 6, 2009

Semoga Cepat Sembuh

Semalam saya baru sahaja mendapat berita tentang khabar kemasukan salah seorang daripada ahli batch kita yang telah dimasukkan ke dalam wad Hospital Serdang atas masalah kesihatan...

ATIKAH BINTI ABDUL MAJID PISMP 1.01 (Pengajian Agama) dimasukkan ke wad Serdang pada 3hb yang lepas... Atikah ditahan di wad ini kerana masalah kekurangan insulin dalam badannya dan menyebabkan gula dalam darah tidak stabil....

Apa yang mengejutkan saya adalah saudari Atikah telah memberitahu saya pada hari Konvokesyen KPLI 08 di putrajaya yg lepas bahawa dia akan tinggal di hostel bersama beberapa rakan PERKOMPERI yg lain untuk beberapa hati dan khabar ini telah saya terima ketika kita semua sedang bercuti... saya terus bertanyakan perkara yg sebenar tentang berita ini kepada Atikah...

Semoga Atikah cpt blik untuk bersama-sama menghabiskan cuti anda dengan keluarga yang tercinta serta segera sembuh...Amin... Sama2la kita doakan...

Thursday, June 4, 2009

Cuti2....

Cuti kembali lg.....
Selamat bercuti tk ahli2 batch PISMP sem 1 Jan 09...
Semoga cuti pada kali ni akan mengeratkan ukhuwah anda dengan ahli keluarga anda di rumah....

Harap maaf kerana tak dapat post entry ni awal skit...
InsyaAllah naik cuti sem depan ni mungkin akan diadakan perjumpaan AJK BATCH pada hari Isnin bersamaan 22hb Jun 2009.

Mesyuarat/perjumpaan ini akan memberikan makluman kepada exco2 batch berkenaan dengan perancangan JPP dengan sayap2 organisasi IPGM KPI berhubung HARI GURU 09 peringkat IPGM KPI....

Perjumpaan antara AJK BATCH dengan ahli2 batch yang lain akan diadakan pada satu2 waktu yang akan ditetapkan kemudian.....

p/s: cuti jgn byk mkn kt kenduri kawin..heheheh
Jage keselamatan n kesihatan anda......

Thursday, May 14, 2009

HAPPY TEACHER'S DAY....

Di kesempatan ini, AJK Batch ingin mengucapakn selamat hari guru kepada semua warga IPGM KPI dan terutamanya kepada BATCH PISMP SEMESTER 1 AMBILAN JULAI 2009...
Semoga hari guru ini dapat memberikan pengertian yang lebih mendalam kepada kita sebagai bakal pendidik....



BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Wednesday, May 13, 2009

SELAMAT BERJUANG DI DEWAN PEPERIKSAAN

Selamat menghadapi peperiksaan akhir semester diucapkan kepada semua ahli-ahli batch PISMP semester 1 ambilan Januari 2009....

Peperiksaan akan bermula pada 20Mei 2009 dan berakhir pada 26 Mei 2009....
Smoga segala ilmu yag telah dicuarahkan oleh guru-guru dapat dimanfaatkan semasa didewan peperiksaan... Semoga Allah melancarkan perjalanan peperiksaan pada tarikh-tarikh tersebut dan permudahkan segala urusan kita hendaknya...

Thursday, April 30, 2009

Sekembalinya Kami De' Pangkor

Pada 25,26, & 27 yang lepas, kami telah mengikuti kurusu kepimpinan anjuran JPP dengan Kerjasama HEP di Teluk Batik, Lumat Perak..

Details:

PEMIMPIN :

1)Pengurusan Diri
- Pemimpin yang berjaya adalah pemimpin yang dapat melakukan pengurusan diri dengan berkesan melalui disiplin yang diaplikasikan dalam setiap tindakannya.

2)Hitam Putih
- Seorang pemimpin yang berdedikasi akan sentiasa bertindak menggunakan konsep 'Hitam Putih' iaitu surat mahupun kenyataan yang dikeluarkan atau diterima oleh organisasinya.

3)Merancang
- Seorang pemimpin yang berkaliber, akan merancang perjalanan organisasi yang diketuainya agar segalanya akan dapat berjalan dengan lancar.

4)Tdak Melanggar Peraturan
- Pemimpin perlu menjadi contoh dalam setiap tindakan terhadap anak buahnya. Hal ini kerana, sebagai seorang pemimpin, tindak-tanduk mereka akan diperhati dan dinilai oleh masyarakat sekeliling dan pemimpin yang berkualiti adalah pemimpin yang cuba untuk tidak melanggar peraturan yang teah ditetapkan.

5)Kerja Berpasukan
- Dalam sesebuah organisasi, pemimpin akan bertindak sebagai rakan sepasukan yang membantu dalam melancarkan sesebuah organisasi. Pemimpin bukan seorang yang hanya memberikan arahan tanpa mengambil kira pandangan dan pendapat rakan sepasukan.

* Berikut merupakan antara ciri-ciri seorang pemimpin....


Antara Pemimpin yang Menyertai Kursus ini ialah:

Penolong dan Ketua Batch PISMP SEM 1

MT MTEN dan Pen. Ketua Blok

JPP IPGM KPIS BATCH PISMP SEM 1



Inilah tempat penginapan kami... Chalet...

Pemandangan Di Pangkor

Saturday, April 25, 2009

Malang Tidak Berbau...

Semalam saya dan rakan yang lain telah ke pusat membeli-belah di bangi atas beberapa urusan peribadi kami semua.. Pada waktu pulangnya, kami menggunakan perkhidmatan 2 teksi untuk menghantar kami pulang...Teksi yang pertama bergerak dahulu.... Saya menggunakan perkhidmatan teksi yang pertama bersama dua orang rakan yang lain.

Kemudian saya singgah di kafe atas beberapa urusan..Tidak sampai 5 minit kemudian, teksi yang kedua sampai dan rakan-rakan saya bergegas untuk berjumpa dengan saya..
Saya kemudiannya dikhabarkan dengan berita bahawa mereka melihat satu kemalangan di jalan Sg. Merab berdepan dengan pintu belakang pagar Kampus Pendidikan Islam kita...

Apa yang membuatkan saya terkejut adalah kerana mangsa yang terlibat merupakan ahli-ahli daripada batch PISMP sem 1 Ambilan Januari 2009.. Semasa kami di pusat membeli belah, kami memang telah berselisih bahu dengan mereka...Dan perkara yang tidak dijangka ini memberikan sedikit-sebanyak trauma kepada rakan-rakan saya yang terlibat..

Muhd Azman bin Azahar dan Mohamad Amirullah Muala Ismail ialah mangsa yang terlibat dalam kemalangan tersebut. Kemalangan dikhabarkan antara motorsikal dengan sebuah kereta.. Kecederaan luaran yang dikenal pasti adalah seperti luka akibat geseran di jalan raya semasa mereka terjatuh.. Hendak dipendekkan cerita, pada sebelah malamnya, saya mendapat berita bahawa Muhd Azman jatuh pengsan di tandas asrama lelaki blok B dan dikejarkan ke hospital... berita terakhir yang sampai ke telinga saya ialah Azman kini telah sedar namun masih berada di wad kecemasan dan masih dalam pemeriksaan doktor..... semoga rakan-rakan kita ini dalam keadaan selamat hendaknya....

Muhd Azman bin Azahar - Setiausaha Batch PISMP SEM 1 Ambilan Januari 2009


Mohamad Amirullah Maula Ismail - Exco Akademik JPP IPGM KPIS 09/10
p/s: Harap leh dpt bincng tk buat solat hajat tolak bala n minta keberkatan dari yang Esa ke atas batch kita...

Thursday, April 23, 2009

Ujian Akhir Kursus

Ujian Akhir Kursus (UAK) PISMP Sem 1 Ambilan Januari 2009 akan dijalankan pada

Tarikh : 8hb Mei 2009
Hari : Jumaat
Matapelajaran :

- English Language Proficiency (ELP)
- Tamadun Islam Dan Asia Tenggara (TITAS).
Masa ujian sesi pagi: 8.30pagi - TITAS,
Masa ujian sesi ptg : 2.30ptg - ELP


*segala perubahan maklumat akan dimaklumkan kemudian dari semasa ke semasa



Wednesday, April 22, 2009

SELAMAT BERSUKAN

Pada 29 April 2009 Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Pendidikan Islam akan melaksanakan sukan tahunan... Selamat bersukan dan maju jaya kepada semua atlet2 rumah sukan dan peserta kawad kaki..Semoga kejohanan Sukan pada kali ini memberikan pengalaman dan detik bermakna kepada kita semua...

Panduan untuk Seseorang Muslim Dalam Bersukan:

1-Seseorang Muslim tidak sepatutnya lalai dengan sukan sehingga sampai mendorong meninggalkan tugas-tugas agama dan yang lain.

2- Seseorang Muslim tidak dibenarkan bersikap tidak peduli dalam bersukan dengan cara menimbulkan kecederaan kepada yang lain. Bersukan di atas jalan yang sesak misalnya, boleh menyebabkan kesesakan jalan, ini bukan cara Islam.

3-Perasaan fanatik membabi-buta dalam menyokong atau menentang satu pasukan adalah tiada kaitan dengan Islam, kerana ini benar-benar becanggah dengan ajaran Islam yang menyeru kepada perpaduan dan kasih-sayang.

4- Tidak dibenarkan kata-kata kesat, perbuatan buruk dan fitnah semasa bersukan.

5-Islam tidak membenarkan pertandingan atau permainan yang melibatkan kedua-dua jantina, dengan cara membuka jalan hawa nafsu, syahwat dan keruntuhan akhlak.

6-Islam menolak semua permainan dan sukan yang mendorong rangsangan seksual dan menggalakkan kejatuhan moral seperti wanita berlatih menari dan ditontoni oleh orang ramai.
Lelaki hendaklah mengamalkan sukan yang sesuai dengan sifat mereka dan sebaliknya. Didalam Islam, tidak dibenarkan bagi wanita mengamalkan sukan yang khas untuk lelaki.

Kesimpulannya, sudah jelas yang semasa membenarkan sesuatu sebagai halal, Islam meletakkan beberapa syarat yang bertujuan mengekalkan akhlak dan sesuai dengan matlamat peraturan umum. Sukan hendaklah diamalkan dengan mengikuti syarat-syarat ini supaya boleh mengelakkan sebarang kemudaratan yang tidak dikehendaki. Peraturan umum dalam Shari`ah ialah apa-apa perbuatan yang melampaui batas sama ada dalam makan, minum, berpakaian atau sebagainya, adalah dilarang.

Al-Qur’an mengisytiharkan: “Hai orang yang beriman, janganlah kamu haramkan apa-apa yang baik yang telah Allah halalkan bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang melampaui batas.”(Al-Ma’idah: 87)”

Monday, April 20, 2009

Adab Melawat Orang Sakit

Dalam Islam, segala perbuatan yang kita lakukan merupakan ibadah dan memerlukan panduan yang telah ditetapkan dalam syarak. adab merupakan asas dalam menjalankan ibadah seharian kita. Antara adab semasa melawat orang sakit adalah seperti :

Pertama: Apabila kita menziarahi orang sakit, janganlah duduk terlalu lama, kerana dikhuatiri boleh mengganggunya dan menghalang pergerakannya. Tetapi jika dengan ziarah itu boleh mententeramkan hatinya, maka tidaklah makruh duduk lama di sisinya.

Kedua: Adalah elok bagi orang yang menziarahi orang sakit itu bertanya keadaannya sambil meletakkan tangannya di atas dahi atau tangan pesakit tersebut asalkan dilakukan tidak bertentangan dengan hukum syara’.

Ketiga: Jika orang yang sakit itu dalam keadaan tenat dan tidak boleh bercakap apa-apa, maka disunatkan bagi orang yang berziarah itu bertanya kepada ahli keluarga tentang keadaannya.

Keempat: Apabila berada di sisi orang sakit, maka disunatkan menyuruhnya bersabar dan hendaklah menyenangkan serta mententeramkan hatinya.

Kelima: Ketika menziarahi orang sakit ataupun semasa berada di tempat lain pada bila-bila masa, maka disunatkan mendoakan pesakit tersebut supaya lekas sembuh.

Keenam: Andaikata orang yang sakit itu dalam keadaan tenat, tiada harapan untuk sembuh atau dalam keadaan nazak (muhtadhar) maka sunat bagi orang yang menziarahinya lebih-lebih lagi orang yang akrab dengan pesakit mengajarkan atau mentalkinkan (membacakan) ditelinganya kalimah “La Ilaha Illallah” sekali sahaja. Kemudian diperhatikan keadaan pesakit itu, jika didapati ia di dalam keadaan tenang (mendengar apa yang diucapkan) maka dibiarkan dia iaitu tidak ditalkinkan lagi kalimah “La Ilaha Illallah” itu. Walaubagaimana pun jika pesakit itu nampak menggelisah atau masih bercakap-cakap atau menuturkan perkara-perkara lain selain daripada kalimah tauhid maka diulangi lagi talkin tersebut sekali lagi, mudah-mudahan matinya nanti di akhiri dengan menyebut kalimah “La Ilaha Illallah” sebagaimana hadith Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:-

Maksudnya:
Dari Muaz bin Jabal ia berkata, sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: Barangsiapa yang akhir kalamnya “La Ilaha Illallah” maka ia akan dimasukkan ke dalam syurga. (Riwayat Al-Imam Abu Daud).

Semoga kita bersama dapat menjalankan ibadah kita dengan adab-adab yang sesuai dan mendapat keredhaan daripada_Nya.

62 tolak 1

Assalammualaikum....
Rakan-rakan kita Fasa 1 BIG telah selamat pergi ke Teluk Kemang Port Dickson untuk menjalani aktiviti mereka....

Namun, peserta yang seharusnya melaporkan diri pada hari iaitu seramai 62 orang tidak memenuhi koata yang telah ditetapkan. Seorang daripada mereka telah terlibat dengan kemalangan fizikal yang menyebabkan dirinya kini berada dihospital kerajaan dan perlu dibedah pada keesokkan harinya.

MUHAMMAD SHAZYZREEN BIN ROSLAN kuliah PISMP 1.02 (Pengajian Agama) telah terlibat dengan kemalangan semalam. Shayzreen mengalami kecederaan pada bahagian kaki dan menampakkan tulang kakinya . Kini beliau berada di Hospital Serdang dan akan dibedah pada hari ini atau keesokkan hari. Semoga dirinya selamat dan dapat menjalani aktiviti harian seperti biasa...

Saturday, April 18, 2009

BINA INSAN GURU (B.I.G)

Bina insan guru merupakan program yang memerlukan ketahanan mental dan fizikal pelatih-pelatih guru Institut Pendidikan Guru Malaysia. Fasa 1 BIG IPGM KPIS PISMP SEM 1 adalah pada 20hb-23hb April 2009. Manakala fasa kedua adalah pada 4hb-7hb Mei 2009.

Antara aktiviti yang akan kami semua jalani adalah seperti aktviti air dan darat....
Kami, AJK BATCH 0707 ingin mengucapkan selamat menjalani BIG kpd semua ahli2 batch dan selamat kembali..semua kalian dan kami semua dapat menjalani aktiviti ini dengan selamat dan bergembira ye semua....







*sekadar gmbr hiasan

Wednesday, April 15, 2009

BARISAN BARU BATCH PISMP SEM 1

Disebabkan kekangan masa dan komitmen ajk Batch, mesyuarat batch PISMP sem 1 2009 bagi memperkenalkan exco2 baru akan di tunda kepada suatu masa yang akan dibincangkan oleh Majlis Tertinggi Batch. Oleh yang demikian, saya selaku Penolong Ketua Batch memohon maaf jika tidak dapat memaklumkan kepada ahli2 batch yang lain akan hal ini.

Walau bagaimanapun, Barisan baru serta exco yang baru ditubuhkan akan di entrykan disini agar memudahkan semua pihak. Selamat datang dan selamat berkhidmat kepada Exco-exco yang baru iaitu:

1) SITI ATIQAH BINTI ALI dari kelas PISMP 1.03 (Pengajian Sosial)
- Memegang portfolio Naib Setiausaha Batch menggantikan SITI HAJAR BINTI MUSA

2) AQILATUZZAHRAH BINTI AZHARUDDIN dari kelas PISMP 1.04 (Pendidikan Pra Sekolah)
- Memegang portfolio Naib Exco Helwi Batch menggantikan NURUL SAKINAH MAWADDAH BINTI MARZOKI yang menggantikan NUR RIHAZRIN BINTI RAHMAN

3) NOOR NABILLA HUDA BINTI SHAMSUDIN dari kelas PISMP 1.05 (Pendidikan Pra Sekolah)
- Memegang portfolio Naib Exco Ekonomi Batch menggantikan HALIMATUS SAADAH BINTI MISNAN



Exco Kebajikan merupakan portfolio baru batch PISMP sem 1 dan telah ditubuhkan atas dasar menjaga kebajikan ahli2 batch. Exco ini juga akan memantau prestasi akademik dan tugas-tugas khas yang memerlukan mereka melakukan penambahbaikan.

Exco ini dipegang oleh saudara MOHD FIKRI BIN NORDIN dari kelas PISMP 1.02(Pengajian Agama) dan dibantu oleh saudari SAIDATUL MUALLIMAH BINTI MOHD ZAKI dari kelas PISMP 1.06 (Pendidikan Pemulihan)



p/s: gambar yang disiarkan boleh dirunding bagi segala penukaraan jika Exco-exco tidak berpuas hati. Gambar secara 'soft copy' boleh diserahkan kepada MOHD ZAKI BIN MOHAMED SOM di kelas 1.03 bagi kelas PISMP 1.01, 1.02 & 1.03. Manakala kelas PISMP 1.04, 1.05, dan 1.06 sila serahkan gmbar anda kepada NUR SYAHIRAH ANUAR di kelas PISMP 1.04.

Solat Dhuha & Sarapan Perdana

Tentatif Program

JUMAAT 17 APRIL 2009

11.00 : Jom pi Masjid (Solat Dhuha)
11.15 : Sarapan
11.30 : Bersurai

Semua pelajar PISMP sem 1 yang berminat boleh memberi nama kepada saudari Hanan/ saudara Bukhari pada hari Rabu dan selewat-lewatnya pada hari khamis, 18 April 2009.

Anjuran Biro Dakwah dan Kerohanian PISMP sem 1 dengan kerjasama barisan MT batch dan Biro Dakwah dan Kerohanian JPP.
marilah kita bersama-sama memohon keredhaan dri yang Esa dan memohon agar pintu rezeki kita dan keluarga sentiasa diberkati oleh-Nya

KELEBIHAN SOLAT DHUHA

Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:

“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”

(Riwayat Ahmad)


Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.


Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:

“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”

(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :

“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”

(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”


Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”

(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)


Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”

(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)


Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.


Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)


Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : ” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).

Friday, April 3, 2009

Sekalung Penghargaan....

Sekalung Penghargaan diucapkan kpd mantan Exco Batch PISMP ambilan Januari 2009 yang telah banyak berkhidmat dan memberikan pandangan dan pendapat dalam penambahbaikan batch kita semua....

Mantan Exco batch ini kini telah berkhidmat dibawah pimpinan JPP IPGM Kampus Pendidikan Islam 09/10.... segala jasa dan usaha mereka amat dihargai dan semoga berlakunya perubahan jawatan ini akan mewakilkan suara-suara kita bersama.....



Siti Hajar Binti Musa (Mantan Naib Setiausaha Batch - Exco Kolej Kediaman JPP)

Halimatus Saadah Binti Misnan (Mantan Naib Exco Ekonomi Batch - Naib Exco Seranta JPP)

Nur Rihazrin Binti Rahman (Mantan Exco Helwi Batch - Naib Setiausaha Kehormat JPP)

Friday, March 27, 2009

EARTH HOUR

Apa yang anda tahu tentang earth hour dan sejauh mana keperihatinan anda terhadap keselamatan bumi kite???

Earth Hour merupakan kempen yang diwjudkan akibat perubahan iklim global WWF. Individu, pusat-pusat perniagaan, pemerintah akan mematikan lampu selama 1 jam dalam rangka menunjukkan sokongan terhadap berlakunya perubahan iklim.

Tahun 2009, Earth Hour menjangkakan ianya dapat menjangkau 1 juta orang di 1000 kota akan turut bersama menjayakan kempen ini. Bila? Sabtu, 28 Mac 2009 pukul 8.30mlm- 9.30 mlm(waktu setempat). Dimana? Kota-kota yang berkomitmen turut serta dalam kempen Earth Hour 2009.

Antara premis besar yang akan bersama-sama menjayakan kempen ini adalh seperti MidValey, sunway Piramid, dll. Jika anda berada dibangunan tesebut pastikan anda tidak panik jika premis itu memadamkan lampu dipremis2 mereka. Walau bagaimanapun, lampu2 di kedai2 Emas, lampu tndas, lampu di tanga2 eskalator tetap akan dibuka bagi mengelakkan segalan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Impak daripada perubahan iklim yang disebabkan oleh kandungan karbon menunjukkan ancaman besar pada kehidupan manusia di bumi. Hanya dengan mengubah sikap masyarakat dunia secara global dalam penggunaan sumber tenaga yang menghasilkan kandungan karbon, kita dapat mengurangi ancaman ini.

Earth Hour merupakan sebuah seruan global dari berbagai pihak baik individu, premis perniagaan maupun pemerintah di seluruh dunia bahwa upaya untuk menekan laju perubahan iklim merupakan tanggung jawab bersama.

Apa yang akan dicapai?

Tujuan dari Earth Hour 2009 adalah menjangkau sebanyak mungkin individu, rumah tangga dan premis untuk mematikan lampu mereka serta peralatan elektronik selama 1 jam.

Earth Hour bertujuan untuk mendidik masyarakat dunia tentang ancaman perubahan iklim dan begitu mudahnya bagi individu dan premis2 untuk melakukan perubahan kecil yang dapat menciptakan perubahan besar dalam kehidupan sehrian mereka dan operasi perusahaan.

Earth Hour 2009, diharapkan dapat memberikan mandat kepada pemimpin dunia yang akan menghadiri Konferensi Perubahan Iklim PBB di Kopenhagen, Disember 2009 untuk melakukan reformasi lingkungan, yakni dengan menghasilkan kesepakatan baru tentang perubahan iklim menggantikan Protokol Kyoto.

Sejarah Earth Hour

Kempen Earth Hour ini dimulai di Sydney pada 31 Maret 2007 dimana lebih dari 2 juta orang dan 2000 premis perniagaan di seluruh kota mematikan lampu dan peralatan elektronik mereka selama 1 jam. Sejak dimulainya kempen ini, laungan Earth Hour telah sampai ke serata qdunia.

Pada tahun 2008, 50 juta orang di 35 negara mematikan lampu mereka sebagai sokongan terhadap Earth Hour yang menyampaikan pesan ke seluruh dunia bahwa tindakan individu yang dilakukan secara bersama sesungguhnya dapat mengubah dunia. Earth Hour 2009 dijangkakan akan jangkau sehingga 1 juta orang di 1.000 kota seluruh dunia.

Oleh itu bersama-samalah kita menjayakan kempen ini disamping berusaha utuk menyelamatkan Bumi kita yang semakin uzur ini.. Hanya dalam masa 1 jam diperlukan utk anda menutup kesemua penggunaan elektrik ditempat anda... Cuba anda renungkan adakah anda tidak sanggup menghabiskan 1jam utk menyelamatkan bumi berbanding beribu2 jam telah anda gunakan utk memusnahkan Bumi ini????

Selamat Kembali Menuntut Ilmu...

Setelah 2minggu dihabiskan untuk bercuti dan menjalani PBS, kami di barisan AJK batch mengucakan selamat kembali ke IPGM Kampus Pendidikan Islam Selangor bagi meneruskan perjuangan dalam menuntut ilmu....

Seperti yang ditegaskan dalam falsafah pendidikan kebangsaan, pendidikan adalah satu proses yang berterusan. Dan proses ini perlu kita semua lalui dengan niat dan hati yang ikhlas begi memperoleh keberkatan dariNya..................


Wajib Bersikap Ikhlas Dalam Menuntut Ilmu Dan Amal Ibadat

Dari Abu Umamah r.a., katanya: "Seorang lelaki telah datang mengadap Rasulullah s.a.w., lalu bertanya: "Ya Rasulullah! Bagaimana hukum seseorang yang pergi berperang untuk mencari pahala dan nama yang terpuji, apa yang akan didapatinya?" Maka Rasulullah s.a.w. (menyatakan kepadanya dengan) bersabda: "Orang itu tidak beroleh sebarang pahala"; Si penanya mengulangi pertanyaannya tiga kali dan Rasulullah s.a.w. pula tetap menjawab: "Orang itu tidak beroleh sebarang pahala"; akhirnya Baginda bersabda: "Sesungguhnya Allah `Azza wa Jalla tidak menerima sebarang amal melainkan yang dikerjakan untukNya semata-mata dan dengan tujuan untuk mendapat keredhaanNya."

( Abu Daud dan An-Nasa'i)

Hadis ini menerangkan bahawa:

Sebarang amal yang dikerjakan bukan kerana Allah, tidak ada nilainya di sisi Allah.
Huraiannya:

Sesuatu amal yang dikerjakan, walau seberapa besar dan tinggi nilainya pada anggapan manusia, belum tentu ada nilainya di sisi Allah untuk mendapat balasan pahala pada hari akhirat kelak.

Dalam hadis ini, Rasulullah s.a.w. menyatakan hukum perkara itu kepada orang yang bertanya mengenai seseorang yang berjuang di medan perang dengan tujuan untuk mendapat pahala dan nama yang terpuji sebagai pahlawan yang gagah berani; Baginda menyatakan bahawa orang itu tidak beroleh sebarang pahala. Baginda menegaskan jawapannya itu sebanyak tiga kali, sambil menerangkan sebabnya amal itu yang pada zahirnya dipandang tinggi nilainya tetapi pada hakikatnya tidak mendapat sebarang pahala kerana ia dikerjakan bukan kerana Allah semata-mata, sedang Allah Subhanahu wa Taala tidak menerima melainkan amal bakti yang dikerjakan dengan ikhlas kepadaNya.
0 comments

Friday, March 13, 2009

SELAMAT BERCUTI...



Selamat bercuti diucapkan kepada rakan-rakan..n tidak lupa juga selamat menghadapi PBS.. semoga kita semua berjaya menjadi contoh dan membawa nama baik IPIS....

P/s: jage kesihatan anda... peace ;p

Monday, March 9, 2009

HARI KEPUTERAAN JUNJUNGAN BESAR...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Surah Al-Anbiya':

[107] Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.

Saturday, March 7, 2009

SALAM TAKZIAH....

Salam takziah diucapkan kepada saudara Siti Hajar Binti Musa kuliah PISMP 1.03 (kajian sosial) yang telah kehilangan seorang insan kesayangannya. Insan yang amat bernilai dan istimewa sekali dalam hidup beliau dan keluarga beliau.

Siti Khairunnisa atau lebih dikenali dengan panggil manja Siti Hawa telah selamat pergi meninggalkan ahli keluarga yang tercinta pada waktu kira-kira 10minit sebelum azan maghrib berkumandang. Siti Hawa yang merupakan adik bongsu kepada Siti Hajar adalah seorang insan yang istimewa....

Siti Hajar dan Siti Hawa



Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya...Amin...

Hadirmu peneman singgah sana,pergimu tidak disangka..

Hati ini terdetik saat si kecil ini melambaikan tangannya..
Menanti dengan sabar saat kakak kesayangannya menuju ke kereta..
Namun aku pasrah dengan ketentuan Ilahi.....
Aku hanya si pemandang yang memandang penuh kesayuan....
Namun aku mengerti berat bebanan si pemikul dugaan....
Tabahkn iman, cekalkan hatimu.....

p/s: enti yg lanjut blh dilayari di http://pejuangazam89.blogspot.com
Ruangan khas utk sebaik-baik wanita... (Catatan Khas utk siti Hajar)

Friday, February 27, 2009

Tidak Mungkin Dikau Ku Lupa....

Seperti yang semua sedia maklum, pada 14 Februari 2009, batch PISMP ambilan Januari 09 telah mengadakan satu majlis perpisahan dan meraikan mereka yang telah ditukarkan ke IPGM yang berhampiran atas arahan pihak atas.

Dengan berlangsungnya majlis ini, keakraban antara yang masih tinggal dan yang telah ditukarkan IPGM ini sangat utuh. Ukhuwah yang telah terbina pada 16 Julai 2007 adalah bibit-bibit salam ukhuwah yang tidak dapat dijual beli.

Sejauh mana dikau pergi, tetapi kalian tetap dihati kami.....


SESI PERSEMBAHAN........











JAMUAN.......











ANTARA YANG DIRAI...














TARIKAN UKHUWAH....






MEREKA YANG BERTUNGKUS LUMUS....