Siapakah kita untuk mencapai status seperti mereka??
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Ada Empat wanita mulia yang juga penghulu segala wanita, mereka itu ialah Asiah binti Muzahim ( Isteri Firaun ), Maryam binti Imran ( Bonda Isa Al-Masih ), Khadijah binti Khuwailid ( isteri Rasulullah ), dan Fatimah binti Muhammad ( Puteri Kesayangan Rasulullah ).
( Riwayat Bukhari ).
Asiah adalah simbol teladan bagi wanita beriman yang tetap mempertahankan keimanannya kepada Allah, meskipun hidupnya sebumbung bersama suaminya, Firaun, yang tidak beriman kepada Allah.
Maryam pula adalah symbol wanita yang dalam ibadah dan tinggi darjat ketakwaannya kepada Allah serta mampu memelihara kesucian diri dan kehormatannya ketika mengabdikan dirinya kepada Allah.
Khadijah pula adalah simbol isteri yang setia tanpa mengenal penat lelah mendampingi suaminya menegakkan panji-panji kebenaran islam, berkorban jiwa raga dan segala harta, rela menaggung pelbagai risiko dan cabaran demi menyebarkan risalah Islam yang diamanahkan dibahu Rasulullah.
Akhirnya ialah Fatimah. Beliau adalah lambang pelbagai dimensi wanita solehah; anak yang soleh dan taat kepada ayahandanya, isteri yang setia dan taat terhadap suaminya serta ibu yang bijaksana untuk putera-puterinya. Beliaulah mendahului segala wanita dan seorang wanita misali yang setiap detik kehidupan yang dilaluinya sewajarnya dijadikan ikutan para muslimah.
0 comments:
Post a Comment