CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, February 9, 2009

Perjumpaan Ketua-Ketua Sayap Bersama YDP

05/02/2009, Khamis

Tujuan : Perkenalan antara AJK sayap-sayap yang baru dengan wakil JPP.
Agenda : Menerangkan perjalanan Batch sepanjang tahun.

Antara agenda yang telah dibentangkan:

- Jamuan perpisahan antara pelajar PISMP Semester 1 dengan bekas pelajar IPIS.(14/02/09)
- Aktiviti yang melibatkan semua batch.(Tujuan: Rapatkan jurang antara batch)
- Aktiviti Kerohanian. (Bacaan Yassin & Al-Mulk Perdana)
- Aktiviti Anjuran Biro Dakwah Batch. (Qiamulaill & solat hajat)
- T-Shirt Batch
- Perbaharui blog dan memuatkan maklumat yang berkaitan.

Segala aktiviti yang dinyatakan adalah sekadar perancangan disaat-saat yang terakhir. YDP selaku wakil JPP juga telah maklum akan tarikh yang telah dipilih sebagai tarikh pertemuan antara bekas pelajar dengan pelajar PISMP semester 1 Kampus P. Islam. Tarikh yang telah ditetapkan kini telah ketahui umum dan tidak akan timbul sebarang spekulasi harapnya.

YDP juga berharap agar guru-guru pelatih dapat memilih calon JPP akan datang dengan cara yang profesional. JPP adalah suara hati guru-guru pelatih Institut Pendidikan Guru ini. Semua pihak diharap dapat memberikan sokongan dan kerjasama dengan pihak-pihak yang lain. Harap Maklum.

P/S: Kepada ahli-ahli batch yang mempunyai idea dan cadangan yang bernas, bolehlah diutarakan di blog ini mahupun di mesyuarat batch yang akan datang. Setiap kelas digalakkan mewujudkan blog tersendiri bagi memudahkan mendapat maklumat dari semasa ke semasa.

0 comments: