CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, November 6, 2008

BERKATILAH ILMU KAMI

Assalamualaikum w.b.t.

tatkala kita berusaha bersungguh-sungguh dalam memahami, dan mengingati apa yang kita pelajari hari demi hari, adakah terlintas dalam hati kita setiap yang kita pelajari itu dengan niat yang betul? mari refleksi diri.

adakah kita belajar kerana terpaksa?

atau takut dengan pensyarah jika tidak dapat jawab?

atau sebab hendak mendapat degree sahaja?

atau semata-mata atas kehendak ibu bapa?


kita perlu tahu, bahawasanya ilmu yang kita pelajari itu, adalah dari Allah s.w.t.. sesungguhnya Dialah yang Maha Luas IlmuNya, jika ilmu Allah seluas lautan dunia, ilmu kita tidak mencecah setitik air lautan tersebut pun.maka, betulkan niat kita, supaya kita berada di medan jihad, jihad mencari ilmu kerana Allah s.w.t.cuba bayangkan, betapa hebatnya pengorbanan kita, sanggup merantau jauh hingga ke negeri orang, semata-mata untuk mencari ilmu kerana Allah? ingatlah, sesiapa yang berusaha untuk mencari ilmu, nescaya Allah akan mudahkan perjalanannya ke syurga.

Ya Allah, berkatilah ilmu kami ini, moga Kau terimanya sebagai ibadah kami kepadaMu.. ameen..

0 comments: