Wednesday, November 12, 2008
AL-FATIHAH..
Monday, November 10, 2008
PABILA DUGAAN MENJENGAH...
Renungan: Dan Ummu Salamah Radhiyallahu 'anha,disebutkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:Tidaklah seorang muslim yang ditimpa sebuah musibah lalu dia mengucapkan: "Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raji'un" (Sesungguhnya kami milik ALLAH dan kepadaNYA kami kembali) dan berdoa: "Ya ALLAH, berilah aku ganjaran dari musibah yang menimpaku dan gantikan bagiku sesuatu yang lebih baik darinya, melainkan ALLAH akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik daripada yang telah tiada."
Seorang penyair berkata:
Sahabatku...demi Allah, tidak ada satu musibah pun
yang kekal dalam hidup ini
bagaimanapun beratnya
Jika suatu ketika ia menimpa
Janganlah anda merasa tak berdaya kerananya
Jangan pula banyak mengeluh
kerana ia pasti lenyap,
Betapa banyak orang terhormat
yang dahulunya sering tertimpa musibah
namun ia tabah sampai musibah itu lenyap
dan meninggalkannya
Dan saat kesabaranku muncul dalam musibah
maka musibah terasa ringan
Friday, November 7, 2008
AL-FATIHAH..
pelajar PPISMP 3.02 Firdaus bin Bebet telah kehilangan ayahnya yang kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat. semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan dikalangan orang2 beriman. amin. Al-fatihah
innalillahi wainna ilaihi rajiun..
Thursday, November 6, 2008
BERKATILAH ILMU KAMI
Assalamualaikum w.b.t.
tatkala kita berusaha bersungguh-sungguh dalam memahami, dan mengingati apa yang kita pelajari hari demi hari, adakah terlintas dalam hati kita setiap yang kita pelajari itu dengan niat yang betul? mari refleksi diri.
adakah kita belajar kerana terpaksa?
atau takut dengan pensyarah jika tidak dapat jawab?
atau sebab hendak mendapat degree sahaja?
atau semata-mata atas kehendak ibu bapa?
kita perlu tahu, bahawasanya ilmu yang kita pelajari itu, adalah dari Allah s.w.t.. sesungguhnya Dialah yang Maha Luas IlmuNya, jika ilmu Allah seluas lautan dunia, ilmu kita tidak mencecah setitik air lautan tersebut pun.maka, betulkan niat kita, supaya kita berada di medan jihad, jihad mencari ilmu kerana Allah s.w.t.cuba bayangkan, betapa hebatnya pengorbanan kita, sanggup merantau jauh hingga ke negeri orang, semata-mata untuk mencari ilmu kerana Allah? ingatlah, sesiapa yang berusaha untuk mencari ilmu, nescaya Allah akan mudahkan perjalanannya ke syurga.
Ya Allah, berkatilah ilmu kami ini, moga Kau terimanya sebagai ibadah kami kepadaMu.. ameen..
ELAUN PPISMP SEM 3
i hope that this news could help all of us to calm down a bit and continue focusing in our exam.
for your information, we are only received RM181.00 allowance for this month (november). we were shocked because :
1) a rumour that told us only half from the allowance will be given to us but we should get RM215.00 instead of RM181.00.
2) PPISMP Sem 3 students from other teacher training institutions received full allowances. they even said that they will get allowance in December.
so, a brief meeting with Tuan Hj Sasman accompanied with Dr Hussin from HEP and representatives from each classes in PPISMP Sem 3 had been held. Tuan Hj Sasman explained that our institution didnt know that full allowance will be paid to PPISMP Sem 3 students till December. some other institution were already noticed that thing. there some mistake happened and eventhough we are only get RM181.00 for this month but in December full allowance + (RM430.00-RM181.00) will be paid to students of PPISMP Semester 3.
i hope that everyone will be satisfied and dont forget to use your money wisely. thanks.
Wednesday, November 5, 2008
LATEST NEWS
AHMAD FAHMI BIN ALI has been warded in Hospital Kajang today because of being suspected dengue fever
anyone who want to visit him could do so at WARD 1 Hospital Kajang.
Myspace Layouts
Tuesday, November 4, 2008
TIPS TO IMPROVE YOUR POINTER
-Sesungguhnya kejayaan itu milik Yang Maha Esa.So dekatkan diri dengan Sang Pencipta Nescaya Dia akan mendekati anda.Sentiasa mengingati Dia dimana sahaja anda berada.Hatta sedang belajar sehinggalah anda bersukan .Basahkan lidah menyebut namaNYA yang mulia.Jauhi larangannya ,ringan tulang untuk membuat suruhannya.
CARA 2: JAGA HUBUNGAN DENGAN MANUSIA
-Anda hendaklah menjaga hubungan dengan Ibubapa.Mereka lah yang melahir dan memberikan nafkah pada kita.Hormati mereka dan jagai mereka .Jika berjauhan,hubungi mereka sekerap mungkin.Jika ingin dikasihi, sekali sekala peluk mereka.Kerana dengan pelukan akan merapatkan lagi hubungan anda dengan mereka.
CARA 3: PERANCANGAN JANGKA PANJANG
-Untuk menjadi yang cemerlang,maka buatlah perancangan jangka masa panjang.Contoh jika anda mengambil jurusan 3 tahun maka planning untuk 3 tahun seharusnya telah disediakan.Seperti jumlah jam kredit yang akan diambil setiap semester dan subjek yang diambil.Jika boleh kelaskan subjek kepda 3.Susah,senang dan sederhana.Ambil subjek susah,senang dan sederhana dalam setiap semester.
CARA 4: PERANCANGAN JANGKA PENDEK
-Buat planner subjek yang diambil setiap semester.Dan dalam setiap semester(biasa 14 minggu)buatkan jadual ringkas harian dan mingguan.Contoh: minggu 1-10-habiskan silibus,minggu 10-13-buat past years questions.Jadual study harian biarlah fleksibel dan boleh dibuat.
CARA 5: NAQIB/AH SEBAGAI MENTOR ANDA
-Anda mungkin menganggapnya remeh.Tetapi anda tak pernah menggunakannya dengan sepenuhnya.Jadikan naqib usrah anda sebagai mentor akademik anda.Kongsi masalah akademik anda dengan mereka.Jika anda tida naqib/naqibah ,cari.Mereka bukan sekadar untuk anada membincangkan mengenai fikrah dan akidah semata-mata.Insyaallah ,jika mereka betul-betul memahami erti dakwah dan tidak sibuk ,mereka sudi untuk membantu anda.Minta mereka buat manual tarbiyah dan manual pantauan akademik anda.Contoh: apa yang anda mesti buat setiap hari ( kerohanian..ma`surat) dan bagaimana mengurus masa dan sebagainya.
CARA 6: FOKUS
-Perkara yang terpenting adalah fokus dalam setiap perkara yang anda lakukan.Bila anda fokus ,maka lebih senang anda dapat faham dan ingat.Jangan pula semasa nak belajar maka masa itu juga anda nak ber sms dengan si dia .Fokus juga dalam kelas dan kuliah.Dengar setiap kuliah dengan teliti.JANGAN TIDUR DALAM KULIAH!
CARA 7: NOTA LENGKAP DAN SOALAN TAHUN-TAHUN LEPAS
-Pastikan nota anda menarik untuk di baca dan senang untuk diingati.Jangan lupa untuk membuat soalan-soalan tahun-tahun lepas sebelum final exam.Lengkapkan nota dan buat semua soalan tahun-tahun sebelumnya study week.
Insyaallah kita berusaha ALLAH menilainya.Jangan lupa ikhlaskan niat kerana ALLAH.mOGA KITA SAMA BERUSAHA KEARAH KEJAYAAN.