Thursday, November 4, 2010
harga Iman..
Tuesday, October 26, 2010
10 Pembasuh Dosa & Penawar Hati
Ketika saya berkeliling di jalan-jalan kota Bashrah dan di pasarnya dengan seorang pemuda ahli ibadah, tiba-tiba saya melihat seorang tabib yang sedang duduk di atas kerusi.Hassan al-Basri r.a. berkata:
Monday, October 25, 2010
Malaikat Maut Memerhati Wajah Manusia 70 Kali Dalam Sehari
Siapakah aku tanpaMU?
setitis keinsafan di lubuk hati..
Persediaan Untuk Peperiksaan
Sempena musim peperiksaan yang bakal menjenguk ni, ada beberapa tips yang boleh kita ikuti bagi menghadapi peperiksaan dengan baik.. hehe... jom sama2 kita tengok..
- Betulkan niat (islah wattajdid), menduduki peperiksaan untuk mencari Redha Allah.
- Kenali (ta'yiin) kehendak peperiksaan dan dapatkan gambaran format kertas peperiksaan yang akan diduduki secara tepat dan spesifik. (sama ada ia berbentuk subjektif atau objektif, bilangan soalan, variasi soalan, bentuk-bentuk soalan (struktur, isi tempat kosong, atau sebagainya) yang akan dikemukakan nanti.
- Kelaskan (taqsiim) peperiksaan berdasarkan kesusahan soalan yang akan dikemukakan.
- Sebaik-baiknya buat perancangan ulangkaji strategik (Jadual mutala'ah dan muraja'ah) sepanjang sesi pengajian dan penekanan dan fokus terhadap subjek dalam lingkungan sebulan atau tiga minggu sebelum exan bermula.
- Setkan (tathbit) markah atau CGPA untuk sesuatu subjek yang hendak dicapai, letakkan markah setinggi yang boleh untuk semua subjek sebagai pendorong, contoh ; A untuk semua subjek/ CGP 4.0 untuk subjek2 di Universiti.
- Lakar (ilhaq) matlamat yang hendak dicapai cantik-cantik dan tampal di hadapan meja study atau di tempat tidur agar diri kita terkesan untuk mencapainya. Contoh keputusan A dalam semua subjek dalam STPM 2009.
- Bina komuniti (ijma' wattabaadul) strategik untuk perkongsian pintar. Contoh, study group untuk subjek-subjek kritikal dengan sahabat-sahabat yang mantap dalam subjek tersebut, berkawan dengan mereka yang hero dalam sesuatu subjek dengan niat untuk tuntut ilmu darinya dan selalu merujuk kepadanya, berkongsi dan bertukar-tukar nota dan soalan dengan student dari sekolah, instutusi, universiti lain.
- Ajar (ta'lum) kawan-kawan yang memerlukan pertolongan kita untuk memahamkan mereka, jangan pandai sorang-sorang jangan kedekut ilmu, melalui method ajar orang lain akan membuatkan kita berlipat kali ganda mudah ingat dari membaca disamping dikurniakan ganjaran yang besar di sisi Allah Taala.
- Membiasakan diri merujuk kepada guru/pensyarah (murshid) jika tidak begitu faham dalam sesuatu subjek yang diajari sama ada direct dalam kelas atau selepas waktu pembelajaran. Dengan bertanya sebenarnya akan membuatkan kita lebih rapat dengan guru, dikenali dan diberi kepercayaan oleh mereka.
- Bersihkan diri dari sifat buruk sangka, merendah-rendahkan orang, membesarkan diri, takabbur, sam'ah, ujub, riak, bermusuh-musuhan, menderhakai ibubapa atau guru.
- Jaga solat lima waktu sehari semalam dengan sempurna, amalkan wirid-wirid yang ma'thur (dari hadis yang sahih dan Al-Quran iaitu yang pernah diamalkan oleh Rasulullah atau diajar oleh Baginda sahaja) selepas solat agar disucikan dan dikuatkan jiwa menghadapi hari-hari peperiksaan nanti.
- Pastikan FERI (Fizikal, Emosi, Rohani, Intelek) dalam keadaan seimbang dan cukup stabil sepanjang membuat persediaan menghadapi peperiksaan. Usah biarkan ia tergangu kerana akan memberi impak negatif kepada mutu menjawab peperiksaan nanti.
- Minta ibu dan ayah doakan kejayaan kita selalu di samping kita bermunajat kepada Allah dalam sujud ketika solat di sepertiga malam.
- Pastikan kita mencintai kesemua subjek yang kita ambil, kalau ada yang tidak berapa kita minat atau susah, paksakan diri sukakan subjek tersebut kerana ianya satu amanah ilmiah bukan hiburan, learning is fun, cuma cari pendekatan yang membuatkan kita tertarik dan minat untuk mendalami subjek tersebut, di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
Beberapa tips lain yang boleh kita ambil..
Sebelum Peperiksaan :- Pastikan semua nota dikemaskini dan disusun rapi mengikut aturan sinopsis kursus
- Ulangkaji nota secara konsisten secara individu
- Bina dan jawab soalan daripada nota kuliah
- Semak soalan-soalan yang lepas
- Jumpa dan berbincang dengan pensyarah/guru bagi mengenalpasti teknik menjawab soalan yang dikenalpasti
- Adakan perbincangan dalam kumpulan kecil bersama-sama rakan secara konsisten
- Jadi guru dan ajar kepada rakan-rakan anda berkaitan dengan sesuatu topik
- Dapatkan jadual peperiksaan, semak dengan rakan bagi memastikan tarikh, masa dan kursus tepat
- Buat satu jadual yang dapat dilihat jelas
Hari Peperiksaan :- Bersarapan sebelum ke dewan peperiksaan
- Datang awal ke dewan peperiksaan
- Tenangkan fikiran dan elakkan membuat perbincangan di saat akhir bersama-sama dengan rakan
- Fokuskan pemikiran anda terhadap apa yang anda ketahui
- Bercakap dengan rakan anda sekiranya ia dapat memberi ketenangan kepada anda
Semasa Peperiksaan :- Baca arahan dengan teliti.
- Pastikan apa yang perlu anda lakukan dan bagaimana hendak melakukannya
- Baca setiap soalan dengan teliti.
- Gariskan perkataan yang penting dalam soalan
- Uruskan masa bagi menjawab setiap soalan.
- Lakarkan jawapan dengan menggunakan teknik peta minda dan pastikan dapat memenuhi kehendak soalan.
- Tulis jawapan mengikut urutan isi dengan tulisan yang jelas dengan menggunakan pen berdawat terang (hitam)
- Jawab soalan yang mudah terlebih dahulu sebelum memberi perhatian pada soalan yang sukar
- Susun kertas jawapan mengikut urutan nombor soalan
- Pastikan nombor angkagiliran ditulis dengan jelas pada setiap helaian kertas jawapan
- Ikat kertas jawapan dengan kemas dan pastikan semua arahan dituruti
- Letakan kertas jawapan di atas meja sehinggalah dipungut oleh pengawas peperiksaan
Selepas Peperiksaan :- Elakkan daripada membuat ‘post mortem’ bersama-sama dengan rakan selepas waktu peperiksaan.
- Tenangkan fikiran anda dan cuba memberi tumpuan terhadap kertas peperiksaan yang lain
- Yakin diri anda yang anda telah membuat habis baik dalam peperiksaan
- Releks dan lakukan aktiviti riadah sebelum menghadapi kertas peperiksaan yang lain.
Tuesday, March 30, 2010
Siapakah aku tanpaMU?
Hati ahmad tergelak kecil, “kata 1 malaysia: rakyat di dahulukan pencapaian diutamakan tetapi masalah sosial semakin terjadi-jadi,umat maki hari maki teruk”. Tiba-tiba air muka ahmad berubah. Matanya hampir merah, perasaannya sungguh sedih. Hanya Allah yang mengetahui apa yang ada pada isi hatinya.
Ahmad bermonolog sendirian.“ya allah, apa dah jadi pada masyarakat negaraku sekarang. Gejala sosial semakin bertambah, anak di buang ke dalam tong sampah, perempuan penuh dengan penzinaan, pelajar tak tahu hukam-hakam”sinis ahmad di dalam hatinya.
sambil-sambil itu, hati ahmad penuh kerendahan memohon istighfar kepada allah atas apa yang berlaku. Mungkin inilah yang dikatakan bala di sisi allah apabila manusia meninggalkan agamanya. Tidak ada yang lebih penting selain menjunjung Al-Quran dan As-Sunnah dalam kehidupan manusia.
Dengan penuh keinsafan kehadrat Allah, ahmad terus menangis sehingga membasahi mukanya. Lantas ahmad mengambil buku tadi untuk di baca. Semasa Ahmad membelik-belik buku tadi hatinya terus hina disisinya. Air mata maki mengalir membasahi permukaan mukanya kerana membaca satu topik yang menarik iaitu “manisnya iman”.
“Ya Allah,hebatnya kata-katamu wahai Sayyid Sabiq. Hebatnya kitabmu Akidah Islam menjadi bual bicara pada umat Islam. Tetapi umat Islam sahaja yang tidak mengambilnya.” Ahmad dengan penuh perasaan menjiwai apa yang di baca.
Perenggan yang di baca tadi cuba di ulang-ulang untuk merasakan nikmat dan manisnya bertuhankan Allah yang Maha Esa.
Petikan berbunyi berikut:
“makrifat kepada allah iaitu dengan nama-namanya yang maha mulia dan sifat-sifatnya yang tinggi. Juga makrifat dengan bukti-bukti wujud atau adanya serta sifat keagungannya dalam alam semesta atau di dunia ini”.
Kata-kata inilah menyebabkan ahmad semakin mencari kemana halatuju hidupnya. Mencari siapakah dia tanpaNya?
“sungguh teruja kata-kata tokoh gerakan islam ini. Syeikh Sayyid Sabiq meninggalkan kitab sebagai jasanya. Bagaimanakah aku pula yang selalu kerdil dengannNYA? Yang selalu lupa padaNYA” sahut ahmad yang seakan tidak tahan dengan tangisannya.
Asyik terleka dengan buku hadis itu, maka azan tiba-tiba berkumandang. Ahmad dengan segera terus mengambil tualanya untuk persiapan ke rumah Allah.
Bersambung…….
Episod seterusnya, bagaimana ahmad menangani hidup sebagai seorang pelajar di institut perguruan? Masalah berlaku? Apakah makna hidup aku tanpaNYA terukai?
daripada: AJK Dakwah Batch Sem 3
Tuesday, January 5, 2010
2010
Selamat Tahun baru dan Selamat kembali memulakan langkahmu di tahun 2010..
Semoga tahun 2009 memberikan corak permulaan bagi kita untuk menempuh tahun 2010 ini....
Renungkanlah adakah tekad dan azam 2009 yg telah kita janjikan pada diri kita tercapai atau hanya berkubur pada akhir tahun 2009?
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Labels: ipis0707