CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, February 2, 2009

ALAM IJAZAH

assalamualaikum w.b.t

pertama sekali, saya memohon maaf di atas ketidakcekapan saya mengendalikan blog ini. jarang update dan kemaskini. semoga selepas ini saya dapat menguruskan blog ini dengan lebih efisien. sekarang sudah masuk bulan februari. kita dah 3 minggu bergelar pelajar PISMP IPGM semester 1 di IPGM KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM. Walaupun batch kita sudah bergelar ambilan januari 2009, tetapi kemungkinan nama blog ini tidak akan berubah kerana ia simbolik pendaftaran batch kita secara beramai-ramai pada 16 julai 2007 seramai 187 orang. perpindahan kawan2 kita ke institut lain tidak bermakna persahabtan kita akan terputus tetapi akan tetap erat. kawan2 masih boleh mengunjungi blog ini dan kita tetap akan dapat keep in touch walaupun sudah tidak sekampus.

bulan februari ini akan diadakan pemilihan JPP yang baru maka kita juga akan melakukan rombakan ahli jawatankuasa batch. ia bertujuan untuk memberi peluang kepada ahli2 batch yang lain menunjukkan bakat dan kepimpinan.
oleh itu, saya dan ketua batch serta semua ajk batch memohon ampun dan maaf di atas segala kepincangan sepanjang kami menyandang jawatan di dalam batch. semoga ajk yang baru lebih efektif dan maju untuk membimbing batch kita.

sekiranya kawan2 ingin mengetahui maklumat terbaru mengenai aktiviti yang berlaku di kampus ini, sila rujuk terus di blog JPP
sekian sahaja untuk sekarang. insyaAllah saya akan update lagi lain kali. wassalam.. =)

0 comments: