Sempena musim peperiksaan yang bakal menjenguk ni, ada beberapa tips yang boleh kita ikuti bagi menghadapi peperiksaan dengan baik.. hehe... jom sama2 kita tengok..
Setkan (tathbit) markah atau CGPA untuk sesuatu subjek yang hendak dicapai, letakkan markah setinggi yang boleh untuk semua subjek sebagai pendorong, contoh ; A untuk semua subjek/ CGP 4.0 untuk subjek2 di Universiti.
Bina komuniti (ijma' wattabaadul) strategik untuk perkongsian pintar. Contoh, study group untuk subjek-subjek kritikal dengan sahabat-sahabat yang mantap dalam subjek tersebut, berkawan dengan mereka yang hero dalam sesuatu subjek dengan niat untuk tuntut ilmu darinya dan selalu merujuk kepadanya, berkongsi dan bertukar-tukar nota dan soalan dengan student dari sekolah, instutusi, universiti lain.
Ajar (ta'lum) kawan-kawan yang memerlukan pertolongan kita untuk memahamkan mereka, jangan pandai sorang-sorang jangan kedekut ilmu, melalui method ajar orang lain akan membuatkan kita berlipat kali ganda mudah ingat dari membaca disamping dikurniakan ganjaran yang besar di sisi Allah Taala.
Bersihkan diri dari sifat buruk sangka, merendah-rendahkan orang, membesarkan diri, takabbur, sam'ah, ujub, riak, bermusuh-musuhan, menderhakai ibubapa atau guru.
Pastikan FERI (Fizikal, Emosi, Rohani, Intelek) dalam keadaan seimbang dan cukup stabil sepanjang membuat persediaan menghadapi peperiksaan. Usah biarkan ia tergangu kerana akan memberi impak negatif kepada mutu menjawab peperiksaan nanti.
Pastikan kita mencintai kesemua subjek yang kita ambil, kalau ada yang tidak berapa kita minat atau susah, paksakan diri sukakan subjek tersebut kerana ianya satu amanah ilmiah bukan hiburan, learning is fun, cuma cari pendekatan yang membuatkan kita tertarik dan minat untuk mendalami subjek tersebut, di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
Beberapa tips lain yang boleh kita ambil..
Sebelum Peperiksaan :
- Pastikan semua nota dikemaskini dan disusun rapi mengikut aturan sinopsis kursus
- Ulangkaji nota secara konsisten secara individu
- Bina dan jawab soalan daripada nota kuliah
- Semak soalan-soalan yang lepas
- Jumpa dan berbincang dengan pensyarah/guru bagi mengenalpasti teknik menjawab soalan yang dikenalpasti
- Adakan perbincangan dalam kumpulan kecil bersama-sama rakan secara konsisten
- Jadi guru dan ajar kepada rakan-rakan anda berkaitan dengan sesuatu topik
- Dapatkan jadual peperiksaan, semak dengan rakan bagi memastikan tarikh, masa dan kursus tepat
- Buat satu jadual yang dapat dilihat jelas
Hari Peperiksaan :
- Bersarapan sebelum ke dewan peperiksaan
- Datang awal ke dewan peperiksaan
- Tenangkan fikiran dan elakkan membuat perbincangan di saat akhir bersama-sama dengan rakan
- Fokuskan pemikiran anda terhadap apa yang anda ketahui
- Bercakap dengan rakan anda sekiranya ia dapat memberi ketenangan kepada anda
Semasa Peperiksaan :
- Baca arahan dengan teliti.
- Pastikan apa yang perlu anda lakukan dan bagaimana hendak melakukannya
- Baca setiap soalan dengan teliti.
- Gariskan perkataan yang penting dalam soalan
- Uruskan masa bagi menjawab setiap soalan.
- Lakarkan jawapan dengan menggunakan teknik peta minda dan pastikan dapat memenuhi kehendak soalan.
- Tulis jawapan mengikut urutan isi dengan tulisan yang jelas dengan menggunakan pen berdawat terang (hitam)
- Jawab soalan yang mudah terlebih dahulu sebelum memberi perhatian pada soalan yang sukar
- Susun kertas jawapan mengikut urutan nombor soalan
- Pastikan nombor angkagiliran ditulis dengan jelas pada setiap helaian kertas jawapan
- Ikat kertas jawapan dengan kemas dan pastikan semua arahan dituruti
- Letakan kertas jawapan di atas meja sehinggalah dipungut oleh pengawas peperiksaan
Selepas Peperiksaan :
- Elakkan daripada membuat ‘post mortem’ bersama-sama dengan rakan selepas waktu peperiksaan.
- Tenangkan fikiran anda dan cuba memberi tumpuan terhadap kertas peperiksaan yang lain
- Yakin diri anda yang anda telah membuat habis baik dalam peperiksaan
- Releks dan lakukan aktiviti riadah sebelum menghadapi kertas peperiksaan yang lain.
No comments:
Post a Comment