CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, February 27, 2009

Tidak Mungkin Dikau Ku Lupa....

Seperti yang semua sedia maklum, pada 14 Februari 2009, batch PISMP ambilan Januari 09 telah mengadakan satu majlis perpisahan dan meraikan mereka yang telah ditukarkan ke IPGM yang berhampiran atas arahan pihak atas.

Dengan berlangsungnya majlis ini, keakraban antara yang masih tinggal dan yang telah ditukarkan IPGM ini sangat utuh. Ukhuwah yang telah terbina pada 16 Julai 2007 adalah bibit-bibit salam ukhuwah yang tidak dapat dijual beli.

Sejauh mana dikau pergi, tetapi kalian tetap dihati kami.....


SESI PERSEMBAHAN........











JAMUAN.......











ANTARA YANG DIRAI...














TARIKAN UKHUWAH....






MEREKA YANG BERTUNGKUS LUMUS....









Mohon Maaf...

Assalammualaikum diucapkan kepada semua pengunjung....
Terdapat pelbagai kesulitan dalam pengendalian blog batch ini..
SEgala kesulitan dapat harap dimaafkan....
Hidup Batch 0707...

Thursday, February 12, 2009

Akan Datang....

14/02/2009

TENTATIF MAJLIS JAMUAN
MUHIBBAH

9.00 mlm : Ketibaan Para pelajar dan mantan YDP JPP 2008-2009
9.05 mlm : Bacaan doa
9.10 mlm : Ucapan pengerusi Batch PISMP IPGM KAMPIS
9.25 mlm : Ucapan Mantan YDP JPP 08/09

9.30 mlm
: Jamuan
: Persembahan Nasyid dan Puisi(IPIS)
10.15mlm
: Persembahan dari IPRM
: Persembahan dari IPBA
: Persembahan dari IPIK

10.45mlm
: Tayangan Video batch PPISMP sem 1-3
: ‘Dalam Kenangan’

11.10mlm : Tarikan Ukhuwah “ Sahabat Sejati “
11.20 mlm : Sesi bergambar
11.30 mlm : Majlis Bersurai
Jangan lupe datang ye....

Wednesday, February 11, 2009

Sentiasa dalam ingatan..

Sepanjang tiga semester menuntut ilmu, ukhuwah yang terjalin tanpa sedar memberikan kesan yang mendalam. Tanpa dipaksa, tanpa diseksa, kami akui akan ukhuwah ini.
Semoga Allah memberkati tali persaudaraan yang terbina antara kami. Kepada yang tinggal kami bersyukur, dan kepada yang pergi kami ucapkan selamat meneruskan perjuangan kalian....

Moga perjuangan kerana Allah akan mendapat barakah dari-Nya. Amin...

PPISMP 3.01 (PEN. AGAMA)

PPISMP 3.02 (PEN. AGAMA)


PPISMP 3.03 (KAJIAN SOSIAL)

PPISMP 3.04 (KAJIAN SOSIAL)

PPISMP 3.05 (KAJIAN SOSIAL)

PPISMP 3.06 (PEN. JASMANI)

PPISMP 3.07 (PRA SEKOLAH)

PPISMP 3.08 (PRA SEKOLAH)

PPISMP 3.09 (PEMULIHAN)

Monday, February 9, 2009

Perjumpaan Ketua-Ketua Sayap Bersama YDP

05/02/2009, Khamis

Tujuan : Perkenalan antara AJK sayap-sayap yang baru dengan wakil JPP.
Agenda : Menerangkan perjalanan Batch sepanjang tahun.

Antara agenda yang telah dibentangkan:

- Jamuan perpisahan antara pelajar PISMP Semester 1 dengan bekas pelajar IPIS.(14/02/09)
- Aktiviti yang melibatkan semua batch.(Tujuan: Rapatkan jurang antara batch)
- Aktiviti Kerohanian. (Bacaan Yassin & Al-Mulk Perdana)
- Aktiviti Anjuran Biro Dakwah Batch. (Qiamulaill & solat hajat)
- T-Shirt Batch
- Perbaharui blog dan memuatkan maklumat yang berkaitan.

Segala aktiviti yang dinyatakan adalah sekadar perancangan disaat-saat yang terakhir. YDP selaku wakil JPP juga telah maklum akan tarikh yang telah dipilih sebagai tarikh pertemuan antara bekas pelajar dengan pelajar PISMP semester 1 Kampus P. Islam. Tarikh yang telah ditetapkan kini telah ketahui umum dan tidak akan timbul sebarang spekulasi harapnya.

YDP juga berharap agar guru-guru pelatih dapat memilih calon JPP akan datang dengan cara yang profesional. JPP adalah suara hati guru-guru pelatih Institut Pendidikan Guru ini. Semua pihak diharap dapat memberikan sokongan dan kerjasama dengan pihak-pihak yang lain. Harap Maklum.

P/S: Kepada ahli-ahli batch yang mempunyai idea dan cadangan yang bernas, bolehlah diutarakan di blog ini mahupun di mesyuarat batch yang akan datang. Setiap kelas digalakkan mewujudkan blog tersendiri bagi memudahkan mendapat maklumat dari semasa ke semasa.

Sunday, February 8, 2009

PERLANTIKAN BARU

04/02/2009, Rabu

Perlantikan Jawatankuasa Batch PISMP Semester satu tahun 2009 selesai dijalankan.
Majlis sebulat suara telah memilih sekali lagi Ahmad Fahmi Ali sebagai ketua Batch untuk tahun 2009 ini.

Berikut adalah Ahli Jawatankuasa Tertinggi Batch:




Ahmad Fahmi Ali (Ketua Batch)



Nurain Naquiah Ruslan (Pen. Ketua Batch)



Dzul Azizuddin Dzulkifli (Setiausaha)

Siti Hajar Musa (Naib Setiausaha)




Muhd Azman Azahar (Bendahari)



Nuru Izzatie Mohd Rashid (Naib Bendahari)



Mohd Bukhari Hashim (Exco Dakwah dan Kerohanian)



Hannan Nasruddin (Naib Exco Dakwah dan Kerohanian)



Nur Rihazrin Rahman (Exco Helwi)



Sakinah Mawaddah Marzoki (Naib Exco Helwi)

Monday, February 2, 2009

ALAM IJAZAH

assalamualaikum w.b.t

pertama sekali, saya memohon maaf di atas ketidakcekapan saya mengendalikan blog ini. jarang update dan kemaskini. semoga selepas ini saya dapat menguruskan blog ini dengan lebih efisien. sekarang sudah masuk bulan februari. kita dah 3 minggu bergelar pelajar PISMP IPGM semester 1 di IPGM KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM. Walaupun batch kita sudah bergelar ambilan januari 2009, tetapi kemungkinan nama blog ini tidak akan berubah kerana ia simbolik pendaftaran batch kita secara beramai-ramai pada 16 julai 2007 seramai 187 orang. perpindahan kawan2 kita ke institut lain tidak bermakna persahabtan kita akan terputus tetapi akan tetap erat. kawan2 masih boleh mengunjungi blog ini dan kita tetap akan dapat keep in touch walaupun sudah tidak sekampus.

bulan februari ini akan diadakan pemilihan JPP yang baru maka kita juga akan melakukan rombakan ahli jawatankuasa batch. ia bertujuan untuk memberi peluang kepada ahli2 batch yang lain menunjukkan bakat dan kepimpinan.
oleh itu, saya dan ketua batch serta semua ajk batch memohon ampun dan maaf di atas segala kepincangan sepanjang kami menyandang jawatan di dalam batch. semoga ajk yang baru lebih efektif dan maju untuk membimbing batch kita.

sekiranya kawan2 ingin mengetahui maklumat terbaru mengenai aktiviti yang berlaku di kampus ini, sila rujuk terus di blog JPP
sekian sahaja untuk sekarang. insyaAllah saya akan update lagi lain kali. wassalam.. =)