CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, August 30, 2008

ramadhan kareem

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

Biografi

1. Kitab Fadhailul Awqat oleh imam Al-Baihaqi,ditahqiq oleh Adnan Abdul Rahman MajidAl-Qaisi,Maktabah Al-Mnarah,Makkah.

2. Fathul Bari syarah sohih Bukhari oleh Ibn Hajar Al-'Asqalani

3. Syarah sohih Muslim oleh imam An-Nawawi.

BERSAMA BERSOLAT TARAWIKH =)



( Petikan dari Risalah Siri (11) : Sembahyang Tarawih, Terbitan Bahagian Agama, Jabatan Perdana Menteri (1981) – Cetakan Ketiga)


SEMBAHYANG TARAWIH


1. Hukum Sembahyang Tarawih:

a) Hukumnya sunat muakkad (yang sangat dituntut) bagi dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadhan samada secara berseorangan atau berjamaah.

b) Sunnat dikerjakan di masjid, surau dan lain-lain tempat sembahyang orang-orang Islam.


2. Waktu Sembahyang Tarawih:

Waktu sembahyang Tarawih ini ialah selepas menunaikan sembahyang Fardhu Isya’.


3. Rakaat Sembahyang Tarawih:

a) Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan sembahyang Tarawih ini sebanyak 20 rakaat, tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar 8 rakaat sahaja.

b) Pada zaman Rasulullah s.a.w. sembahyang Tarawih dikerjakan sebanyak 8 rakaat saja supaya tidak menimbulkan sesuatu keberatan.

c) Pada zaman Khalifah Umar bin Al-Khattab pula beliau menambah lagi menjadikan 20 rakaat kerana beliau berpendapat bahawa orang-orang Islam pada zamannya itu tidak keberatan lagi menunaikan sembahyang sebanyak itu.

d) Sembahyang Terawih hendaklah ditunaikan dua rakaat, pada tiap-tiap satu kali takbiratul-ihram kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki.


4. Lafaz Niat Sembahyang Tarawih:


Bermaksud: Sahaja aku sembahyang Tarawih dua rakaat ma’mum kerana Allah Taala
5. Rukun Sembahyang Tarawih

Rukun sembahyang sunat Tarawih ini sama sahaja dengan rukun sembahyang yang lain juga.


SEMBAHYANG WITR

1. Sembahyang Sunat Witr

a) Menurut kebiasaan umum orang-orang Islam di Malaysia menunaikan sembahyang Witr selepas sunat Tarawih ini sebanyak 3 rakaat sahaja. Sunat Witr ini ditunaikan secara berjamaah.

b) Salam selepas dua rakaat yang pertama.

c) Lafaz niat sembahyang sunat Witr
i- bagi dua rakaat yang pertama:



Bermaksud: Sahaja aku sembahyang Witr dua rakaat ma’mum kerana Allah Ta’ala.

ii- bagi rakaat yang akhir:



Bermaksud: Sahaja aku sembahyang Witr satu rakaat ma’mum kerana Allah Ta’ala.


d) Pada malam 16 hingga akhir Ramadhan adalah sunat dibaca [doa] Qunut pada rakaat yang akhir. Lafaz Qunut di sini sama juga dengan lafaz Qunut semmbahyang Subuh. Dan jika tidak membaca Qunut ini adalah disunatkan Sujud Sahwi.

AHLAN WASAHLAN RAMADHAN


PUASA
(Petikan dari Kitab Tuntutan Ibadah: Perukunan Ibadah Sepanjang Zaman oleh As-Shaikh Ali b. Abdullah)


Ertinya:

Menahan diri dari makan dan minum atau apa-apa jua yang boleh membatalkan puasa, sepanjang hari mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari dalam sebulan bulan Ramadhan.

Perintah wajib puasa turun pada bulan Sya’ban Tahun 2 Hijrah.


Dalil

Perintah wajib puasa : Surah Al-Baqarah Ayat 183:

Hai orang-orang yang beriman diwajibkan atasmu berpuasa, sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu menjadi orang yang bertaqwa


Wajib Puasa:

1) Islam
2) Mukalaf
3) Berkuasa/Mampu untuk berpuasa, tidak uzur
4) Telah melihat anak bulan Ramadhan atau mensabitkan bulan Ramadhan dengan menggenapkan bulan Sya’ban 30 hari.


Sah Puasa:

1) Beragama Islam sahaja, lelaki, perempuan dan kanak-kanak yang telah mumaiyyiz.
2) Suci dari haid dan nifas.
3) Sempurna akal fikirannya sepanjang hari itu.
4) Bukan pada hari yang tidak sah puasa eg. Hari Raya Puasa, Hari Raya Haji dan Hari Syak (30hb Sya’ban).
Rukun Puasa:

1) Niat, di waktu malam mulai selepas Maghrib sampai sebelum terbit fajar.

2) Meninggalkan semua perkara-perkara yang membatalkan puasa sejak terbitnya fajar sampai terbenamnya matahari.


Membatalkan Puasa:

Sekiranya

1) Memasukkan benda/sesuatu ke dalam jauh rongga seperti mulut, hidung, telinga, atau lubang-lubang kemaluan dengan sengaja.

2) Muntah dengan sengaja.

3) Mengeluarkan mani dengan sengaja.

4) Haid atau nifas.

5) Bersetubuh di siang hari (selain membatalkan puasa ia juga ada hukum tersendiri iaitu diwajibkan membayar kifarah).

6) Murtad (keluar dari Islam).

7) Gila (hilang akal).


Pantang-larang puasa:

Iaitu perkara-perkara yang membatalkan pahala puasa, maknanya berpuasa tidak mendapat apa-apa pahala kecuali lapar dan dahaga (puasa yang sia-sia).

1) Berdusta, berbohong.
2) Mengumpat, mengata orang.
3) Membuat sesuatu yang boleh mendatangkan permusuhan.
4) Melihat benda-benda yang mendatangkan keinginan.
5) Marah.


Rasulullah s.a.w. bersabda:

Bermaksud: “Barangsiapa yang tidak meninggalkan cakap dusta (batil) dan perbuatannya, maka Allah tidak berhajat padanya dalam meninggalkan makan minumnya”.
(Hadis Riwayat Muslim)

Bermaksud: “Bukan dinamakan puasa bila hanya sekadar menahan makan dan minum, tetapi puasa yang sungguh-sungguh itu adalah menahan diri dari percakapan yang tidak ada gunanya dan kata-kata yang keji”.
(Hadis menurut Sahih Muslim)


Sunat-sunat Puasa:

1) Menyegerakan berbuka puasa apabila telah yakin waktu berbuka.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

Bermaksud: “Allah berfiman: Hambaku yang lebih Aku cintai adalah mereka yang menyegerakan berbuka”.


2) Makan sahur walaupun sedikit.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

Bermaksud: “Makan sahur itu berkat, oleh kerana itu jangan kamu tinggalkan, walau hanya sekadar meneguk seteguk air, kerana Allah merahmati orang-orang yang makan sahur dan malaikat mendoakannya”.

3) Melambatkan makan sahur iaitu lepas daripada tengah malam dan sebelum waktu imsak.

4) Berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis.

5) Memperbanyakkan membaca Al-Quran.

6) Memperbanyakkan sedekah.

7) Beriktikaf siang hari dalam masjid.

8) Menghadiri majlis-majlis ilmu.

9) Menyediakan makanan untuk berbuka untuk orang-orang berpuasa.

10) Jangan bersugi setelah tergelincir matahari ke arah barat sehingga terbenamnya matahari kerana boleh memakruhkan puasa.

Golongan Yang Harus (Dibenarkan) Berbuka Puasa:

1) Orang yang di dalam (perjalanan - musafir), tetapi wajib di qada’.
2) Orang sakit, wajib di qada’.
3) Ibu yang menyusukan anak, jika takut mudharat bagi dirinya, maka wajib qada’ dan jika takut mudharat bagi anaknya maka wajib qada’ dan fidyah.


Bacaan Niat Puasa:

1) Lafaz niat puasa Fardhu Ramadhan



“Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala”.



Bacaan Hendak Berbuka Puasa:




“Ya Tuhanku, keranaMu jua aku berpuasa, dan denganMu aku beriman dan di atas rezekiMu aku berbuka dengan belas kasihMu Ya Allah Ya Amat Mengasihi”.

SALAM KEMERDEKAAN KE 51

Wednesday, August 27, 2008

cerpen :: KEMANISAN RAMADHAN~

1 Disember 2002
Tahun ini merupakan tahun pertama aku berpuasa setelah bergelar seorang Muslim. Setelah hampir setahun memeluk Islam , aku kini sedia untuk berpuasa. Syukurlah, tempoh untuk aku berpuasa tinggal empat hari sahaja lagi.
Petang tadi, seperti biasa, aku ke bazaar Ramadhan bersama-sama Nusaybah, untuk membeli juadah berbuka hari ini. Sebelum ini, kami sempat juga menyediakan beberapa jenis kuih seperti karipap, ketayap dan buah melaka. Tapi sekarang, kerja semakin banyak, masa semakin suntuk.
Semasa di sana, Nusaybah sempat mengingatkanku agar berjimat-cermat kerana Ramadhan bertujuan mengajar kita menyelami perit-jerih mereka yang kurang berkemampuan. Seusai berbuka, aku dan Nusaybah bergegas ke Masjid Al-Muslimun untuk beribadah.


2 Disember 2002
Kami bersahur kira-kira 30 minit sebelum azan Subuh berkumandang. Pernah suatu ketika dahulu, ketika aku masih jahil tentang Islam, atmaku dengan tegas mengklasifikasikan alunan azan sebagai suatu pencemaran bunyi. Astarghfirullah. Namun, kini aku seolah-olah menantikan semangatnya si bilal mengajak kita menyembah Yang Maha Esa.
Subuh pagi itu aku menangis, terkenangkan apalah agaknya nasib saudara-saudara kandungku yang masih menyembah berhala. Papa dan Mama sememangnya masih tidak dapat menerima penukaran agama anak perempuan sulung mereka ini. Selesai solat, aku dan Nusaybah segera bersiap untuk ke pejabat.
Hari itu berlalu seperti biasa, dan mentari tetap terbenam seperti hari sebelumnya. Malam itu, aku kembali ke pembaringan, menanti mentari esok yang belum pasti akan melambai penduduk di bumi Rab ini.


3 Disember 2002
Tengah hari itu, Nusaybah mempelawaku ke kampung seberang untuk memasak bubur lambuk secara berjemaah. Aku bersetuju. Maklumlah, inilah peluang untuk aku mengeratkan hubungan dengan mereka yang seagama denganku. Sungguh, tak dapat aku nafikan, ada yang memandangku dengan seribu macam jenis persoalan dan tak lupa juga, ada pandangan-pandangan serong yang kuterima.
Tahu-tahu sajalah, dengan mata yang menyepet, kulit putih kemerah-merahan dan kepala yang masih belum berkelubung menampakkan rambutku yang lurus keperangan paras bahu, tentu saja ada yang ragu-ragu tentang status agamaku. Tapi aku tidak hiraukan semua itu kerana aku tahu, masih ada yang mahu membimbingku, Nusaybah sebagai contoh. Dia tahu, aku masuk Islam, bukan untuk berkahwin dengan syabab Islam di pejabat, tapi kerana aku benar-benar tertarik dengan agama suci ini.
Sesekali terasa sebak di dada. Kebiasaannya kehangatan suasana memasak beramai-ramai ini hanya dapat kuraikan ketika upacara memasak dan memakan mi wan tan. Dengan Mama yang menyediakan bahan-bahan, Mei Ling dan Mei Fan membuat mi, Papa merakam gelagat kami sekeluarga. Riuh-rendah; bagai dunia ini kami yang punya. Rindu? Sangat-sangat; tambahan pula hari ini hari jadi si kembar, Thomas dan Nicholas.

Mujur ada Nusaybah, yang sentiasa memahamiku. Pelukan hangat dan erat seorang sahabat mengukuhkan persahabatan kami. Apa yang dapat aku rumuskan ketika berada di sana, itulah hebatnya bulan mulia ini, kedatangan Ramadhan telah menghapuskan enau dalam belukar, yang dahulunya melepaskan pucuk masing-masing, kini berganding bahu dan mengeratkan ikatan agar lebih utuh dan kebal.
Malam itu, aku tidak melepaskan peluang untuk membuat Qiamullail selepas bertarawih. Penat, memang penat. Disebabkan tidak pernah sekalipun dalam seumur hidupku berjaga malam, beberapa kali jugalah Nusaybah mengejutkanku dari terus terlena. Mimpi? Bukan masanya untuk aku terlena diulit mimpi-mimi indah, tetapi peluang ini harus kugenggam untuk bersujud dan bertasbih kepada-Nya.


4 Disember 2002
Hari ini, hari terakhir umat Islam berpuasa. Aku membelek-belek sepasang baju kurung bertona merah bersulam benang merah jambu yang Nusaybah belikan untukku. Inilah baju kurung pertama yang aku benar-benar tidak sabar untuk memakainya. Jika dahulu, bagiku baju ini seperti namanya, mengurungku dari bebas melakukan aktiviti lasak. Di sebelahnya, aku melihat cheongsam merah baldu bersulam benang hitam dengan corak ornamental. Cheongsam itu telah diubah suai agar menepati tuntutan syara’, tidak ketat dan tidak menampakkan susuk tubuh, tidak jarang, dan berlengan panjang. Belahan tepi masih dikekalkan, kerana aku akan memakai seluar bersama-sama cheongsam ini.

Sedih rasanya untuk aku tinggalkan bulan penuh barakah ini. Selama sepurnama yang lalu, adakah ibadatku diterima? Kini aku mengerti, berpuasa yang bagiku dulu adalah suatu tindakan bodoh dan menyeksa diri rupa-rupanya tersorok 1001 hikmah di sebaliknya. Terselit kenikmatan yang Allah janjikan untuk hambanya yang beriman. Aku belajar menghargai kemewahan yang aku miliki tidak lama, dan ada yang lebih memerlukan, aku belajar ukhwah kerana Allah itu indah, dan aku belajar merendahkan diriku di hadapan Dia yang Maha Satu. Hanya Dia yang berhak berlaku riak, hanya Dia yang sempurna, hanya Dia yang istimewa tiada duanya.
Tanpa kusedari, mutiara-mutiara jernih jatuh bercucuran. Satu demi satu titisan jatuh ke pipi sebelum sempat titisan sebelumnya kering dihembus bayu. Aku sedar kesilapanku selama ini dan aku bersyukur kerana menjadi antara yang menerima nur pancaran hidayah daripada-Nya. Nusaybah yang melihatku, hanya tersenyum mesra dan memberi kata-kata semangat. Katanya, Allah itu Tuhan yang Maha Pengasih dan Penyayang. Perbualan hati ke hati itu disambut alunan takbir yang bergema di udara.


5 Disember 2002
Takbir raya yang sedari malam semalam, masih kedengaran di luar sana. Syahdu. Alunan lembutnya menusuk kalbuku yang rapuh bak kaca. Kuteringat Mama dan Papa, Mei Ling dan Mei Fan, si kembar yang paling gembira tatkala perayaan Tahun Baru Cina, tentunya Thomas dan Nicholas. Dan aku yang dahulunya digelar Sophea, kini selesa dipanggil Sufiah.

Rupa-rupanya, inilah yang Allah maksudkan dengan Hari Kemenangan. Dia menganugerahkan perayaan ini bagi mereka yang berjaya melawan hawa nafsu dari terbatalnya puasa. Bukanlah niatku untuk takabbur, tetapi sebagai seorang saudara baru, aku berbangga kerana ianya bukanlah perkara yang mudah. Selagi mampu, aku terus berpuasa, melainkan atas sebab-sebab yang tak dapat aku elakkan.
Aku dan Nusaybah bersalaman. Dia menghulurkanku sehelai selendang hitam baldu bersulam manik dan benang putih. Mulanya aku ragu-ragu, bersediakah aku untuk menjunjung imej seorang wanita Islam berhijab? Tetapi atas dorongan Nusaybah, kusarungkan hijab yang mungkin pada pandangan sesetengah orang, kain tersebut hanyalah secebis kain, tetapi kain yang secebis itulah yang mampu memelihara maruahku dan menjadi identiti seorang muslimah mukminah. Terasa begitu selamat diri ini setelah hijab dikenakan di kepala. Kumatikan lilitan tudungku dengan keronsang manik putih berbentuk rama-rama di sebelah kiri dan kananku. Kulabuhkan tudung tersebut agar menepati tuntutan dalam surah Al-Ahzab.

Petang itu, aku menerima kunjungan yang tak kusangka-sangkakan. Seisi keluargaku datang beraya di rumahku. Aku memeluk erat ibuku, Mei Song, insan yang paling tersentak mendengar berita pengislamanku. Benarlah kata pepatah, air dicincang tak akan putus. Lagi pula, Islam amat menitik beratkan hubungan kekeluargaan.
Alhamdulillah, doaku termakbul. Ibuku bersetuju untuk mendalami agama anak perempuan sulungnya ini agar dia lebih memahami pantang-larang dalam agamaku. Walaupun sedikit terkesima dengan penampilan baruku, ibuku memuji-muji kesederhanaan yang terpancar di wajahku. Aku bersyukur ke hadrat-Mu, ya Allah. Doaku agar dilembutkan hati mereka kini termakbul. Inilah yang aku maksudkan – kemanisan Ramadhan.

KASIH manusia sering bermusim,
sayang manusia tiada abadi.
Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janji-Nya pasti.

ITULAH sedikit dari bait-bait lagu Raihan. Lantaran kasih manusia yang sering bermusim dan sayangnya yang tidak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dalam memilih pasangan. Andainya sedikit daripada cinta itu hendak diberi pada seseorang yang boleh digelar suami, secara ringkas pilihlah seorang lelaki yang…


- Kuat agamanya
Biar sibuk sekalipun, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yang taat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin. Utamakanlah pemuda yang jujur membimbing dan memelihara iman anda.

- Baik akhlaknya
Ketegasannya nyata tetapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara. Mudah di bawa berbincang. Tidak terlalu berahsia.

- Tegas mempertahankan maruah
Pernahkah dia menjengah ke tempat-tempat yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam? Adakah dia jujur sebagai pelindung maruah seorang perempuan?

- Amanah
Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, bila berjanji tidak ditepati, lupakan saja si dia.

- Pemurah tetapi tidak boros
Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dan harta dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.

- Tidak liar matanya
Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.

- Terbatas pergaulan
Sebagai lelaki dia tahu dia tidak mudah jadi fitnah orang, tetapi dia tidak mengamalkan cara hidup bebas.

- Rakan pergaulannya
Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya. Sebaik-baik teman adalah teman yang soleh.

- Bertanggungjawab & setia
Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya. Jika ibubapanya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tidak bertanggungjawab. Setia mengharungi hidup bersama walau susah mahupun senang.

- Tenang wajah
Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.

Berbahagialah kamu jika diintai calon yang demikian sifatnya.

Monday, August 25, 2008

Jom dengar 1 kisah!

di sini ada kisah dan teladan buat muslimah..


kisah Fatimah az-Zahra dengan gilingan gandum


Suatu hari masuklah Rasulullah SAW menemui anaknya Fathimah az-zahra rha. Didapatinya anaknya sedang menggiling syair (sejenis padi-padian) dengan menggunakan sebuah penggilingan tangan dari batu sambil menangis.


Rasulullah SAW bertanya pada anaknya, "apa yang menyebabkan engkau menangis wahai Fathimah?, semoga Allah SWT tidak menyebabkan matamu menangis".


Fathimah rha. berkata, "ayahanda, penggilingan dan urusan-urusan rumahtanggalah yang menyebabkan aku menangis".


Lalu duduklah Rasulullah SAW di sisi anaknya.


Fathimah rha. melanjutkan perkataannya, "ayahanda sudikah kiranya ayahanda meminta 'aliy (suaminya) mencarikan aku seorang jariah untuk menolongku menggiling gandum dan mengerjakan pekerjaan-pekerjaan di rumah?".


Mendengar perkataan anaknya ini maka bangunlah Rasulullah SAW mendekati penggilingan itu. Beliau mengambil syair dengan tangannya yang diberkati lagi mulia dan diletakkannya di dalam penggilingan tangan itu seraya diucapkannya "Bismillaahirrahmaanirrahiim". Penggilingan tersebut berputar dengan sendirinya dengan izin Allah SWT. Rasulullah SAW meletakkan syair ke dalam penggilingan tangan itu untuk anandanya dengan tangannya sedangkan penggilingan itu berputar dengan sendirinya seraya bertasbih kepada Allah SWT dalam berbagai bahasa sehingga habislah butir-butir syair itu digilingnya.

Rasulullah SAW berkata kepada gilingan tersebut, "berhentilah berputar dengan izin Allah SWT", maka penggilingan itu berhenti berputar lalu penggilingan itu berkata-kata dengan izin Allah SWT yang berkuasa menjadikan segala sesuatu dapat bertutur kata.


Maka katanya dalam bahasa Arab yang fasih, "ya Rasulullah SAW, demi Allah Tuhan yang telah menjadikan baginda dengan kebenaran sebagai Nabi dan Rasul-Nya, kalaulah baginda menyuruh hamba menggiling syair dari Masyriq dan Maghrib pun nescaya hamba gilingkan semuanya. Sesungguhnya hamba telah mendengar dalam kitab Allah SWT suatu ayat yang berbunyi : (ertinya)
"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya para malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang dititahkan-Nya kepada mereka dan mereka mengerjakan apa yang dititahkan".
Maka hamba takut, ya Rasulullah kelak hamba menjadi batu yang masuk ke dalam neraka. Rasulullah SAW kemudian bersabda kepada batu penggilingan itu, "bergembiralah karena engkau adalah salah satu dari batu mahligai Fathimah az-zahra di dalam sorga". Maka bergembiralah penggilingan batu itu mendengar berita itu kemudian diamlah ia.

Rasulullah SAW bersabda kepada anaknya,


"jika Allah SWT menghendaki wahai Fathimah, nescaya penggilingan itu berputar dengan sendirinya untukmu. Akan tetapi Allah SWT menghendaki dituliskan-Nya untukmu beberapa kebaikan dan dihapuskan oleh Nya beberapa kesalahanmu dan diangkat-Nya untukmu beberapa darjat. Ya Fathimah, perempuan mana yang menggiling tepung untuk suaminya dan anak-anaknya, maka Allah SWT menuliskan untuknya dari setiap biji gandum yang digilingnya suatu kebaikan dan mengangkatnya satu derajat.

"Ya Fathimah perempuan mana yang berkeringat ketika ia menggiling gandum untuk suaminya maka Allah SWT menjadikan antara dirinya dan neraka tujuh buah parit. Ya Fathimah, perempuan mana yang meminyaki rambut anak-anaknya dan menyisir rambut mereka dan mencuci pakaian mereka maka Allah SWT akan mencatatkan baginya ganjaran pahala orang yang memberi makan kepada seribu orang yang lapar dan memberi pakaian kepada seribu orang yang bertelanjang. Ya Fathimah, perempuan mana yang menghalangi hajat tetangga-tetangganya maka Allah SWT akan menghalanginya dari meminum air telaga Kautshar pada hari kiamat. "


"Ya Fathimah, yang lebih utama dari itu semua adalah keridhaan suami terhadap istrinya. Jikalau suamimu tidak ridha denganmu tidaklah akan aku do'akan kamu. Tidaklah engkau ketahui wahai Fathimah bahwa ridha suami itu daripada Allah SWT dan kemarahannya itu dari kemarahan Allah SWT?. Ya Fathimah, apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya maka beristighfarlah para malaikat untuknya dan Allah SWT akan mencatatkan baginya tiap-tiap hari seribu kebaikan dan menghapuskan darinya seribu kejahatan. Apabila ia mulai sakit hendak melahirkan maka Allah SWT mencatatkan untuknya pahala orang-orang yang berjihad pada jalan Allah yakni berperang sabil. Apabila ia melahirkan anak maka keluarlah ia dari dosa-dosanya seperti keadaannya pada hari ibunya melahirkannya dan apabila ia meninggal tiadalah ia meninggalkan dunia ini dalam keadaan berdosa sedikitpun, dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman sorga, dan Allah SWT akan mengkaruniakannya pahala seribu haji dan seribu umrah serta beristighfarlah untuknya seribu malaikat hingga hari kiamat.

"Perempuan mana yang melayani suaminya dalam sehari semalam dengan baik hati dan ikhlas serta niat yang benar maka Allah SWT akan mengampuni dosa-dosanya semua dan Allah SWT akan memakaikannya sepersalinan pakaian yang hijau dan dicatatkan untuknya dari setiap helai bulu dan rambut yang ada pada tubuhnya seribu kebaikan dan dikaruniakan Allah untuknya seribu pahala haji dan umrah. Ya Fathimah, perempuan mana yang tersenyum dihadapan suaminya maka Allah SWT akan memandangnya dengan pandangan rahmat. Ya Fathimah perempuan mana yang menghamparkan hamparan atau tempat untuk berbaring atau menata rumah untuk suaminya dengan baik hati maka berserulah untuknya penyeru dari langit (malaikat), "teruskanlah 'amalmu maka Allah SWT telah mengampunimu akan sesuatu yang telah lalu dari dosamu dan sesuatu yang akan datang".


"Ya Fathimah, perempuan mana yang meminyak-kan rambut suaminya dan janggutnya dan memotongkan kumisnya serta menggunting kukunya maka Allah SWT akan memberinya minuman dari sungai-sungai sorga dan Allah SWT akan meringankan sakarotulmaut-nya, dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman sorga seta Allah SWT akan menyelamatkannya dari api neraka dan selamatlah ia melintas di atas titian Sirat".

Saturday, August 23, 2008

ramadhan eid mubarak




selamat menyambut ramadhan kpd sumer member batch o7o7 @ ppismp sem 3...

Thursday, August 14, 2008

happy hols!




HAPPY HOLIDAY TO BATCH O7O7 PPISMP SEM 3
ENJOY YOUR VACATION

TAKE CARE & COME BACK IN ONE PIECE =)


Srikandi Agung

Siapakah kita untuk mencapai status seperti mereka??

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Ada Empat wanita mulia yang juga penghulu segala wanita, mereka itu ialah Asiah binti Muzahim ( Isteri Firaun ), Maryam binti Imran ( Bonda Isa Al-Masih ), Khadijah binti Khuwailid ( isteri Rasulullah ), dan Fatimah binti Muhammad ( Puteri Kesayangan Rasulullah ).

( Riwayat Bukhari ).



Asiah adalah simbol teladan bagi wanita beriman yang tetap mempertahankan keimanannya kepada Allah, meskipun hidupnya sebumbung bersama suaminya, Firaun, yang tidak beriman kepada Allah.


Maryam pula adalah symbol wanita yang dalam ibadah dan tinggi darjat ketakwaannya kepada Allah serta mampu memelihara kesucian diri dan kehormatannya ketika mengabdikan dirinya kepada Allah.


Khadijah pula adalah simbol isteri yang setia tanpa mengenal penat lelah mendampingi suaminya menegakkan panji-panji kebenaran islam, berkorban jiwa raga dan segala harta, rela menaggung pelbagai risiko dan cabaran demi menyebarkan risalah Islam yang diamanahkan dibahu Rasulullah.


Akhirnya ialah Fatimah. Beliau adalah lambang pelbagai dimensi wanita solehah; anak yang soleh dan taat kepada ayahandanya, isteri yang setia dan taat terhadap suaminya serta ibu yang bijaksana untuk putera-puterinya. Beliaulah mendahului segala wanita dan seorang wanita misali yang setiap detik kehidupan yang dilaluinya sewajarnya dijadikan ikutan para muslimah.

Tuesday, August 12, 2008

KELEBIHAN SOLAT BERJEMAAH MENURUT TEORI FIZIK

bersama mengimarahkan masjid As-Syafie kebanggaan IPIslam

SEORANG professor fizik di Amerika Syarikat membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam.
Katanya, tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik, iaitu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan, menyebabkan kita merasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian.
Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda beliau, mengapa Islam mensyariatkan solat berjemaah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama. Hasil kajiannya mendapati, bilangan rakaat yang berbeza dalam solat bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita.Semasa solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai-bagai kelebihan.
Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita, akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan - sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.
Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun daripada tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat beberapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan dua rakaat.Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak, semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan.
Sebab itu, solat Zuhur didirikan empat rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas di dalam tubuh.Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zuhur, empat rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang daripada kerja, kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama.
Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak tiga rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yang kurang berbanding dua waktu sebelumnya.Timbul persoalan di fikiran professor tersebut mengenai solat Isyak yang mengandungi empat rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan empat rakaat di dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam digalakkan tidur awal supaya mampu bangun untuk menunaikan tahajud (sembahyang malam) pada sepertiga malam.
Ringkasnya, solat Isyak sebanyak empat rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun pada waktu malam untuk beribadat (qiamullail).Dalam kajiannya, beliau mendapati bahawa Islam adalah agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Beliau merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.
INGATLAH....tidak Allah menjadikan segala sesuatu itu sia-sia. pasti ada hikmah dan kelebihan yang istimewa. MASYAALLAH...

Saturday, August 9, 2008

cerpen : sesolehah FATIMAH setabah MARYAM

Cuaca yang dingin begitu mendamaikan, rintik-rintik gerimis menyusul menggantikan hujan yang lebat. " Hujan itu satu nikmat, satu rahmat.." terngiang-ngiang suara lunak Ustaz Syauqi di pendengaran Nisa'. Spontan, ingatannya kembali pada sorot mata lembut Ustaz Syauqi, perwatakan yang nampak lembut tapi berprinsip. Semalam, kali ke dua dia menghadirkan diri ke masjid, dan mendengar kuliah Maghrib, kebetulannya disampaikan oleh ustaz yang sama, Ustaz Syauqi.Yang Telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Tuhan yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang. Maka Lihatlah berulang-ulang, Adakah kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang?( 67: 3)
Nisa' terus ralit memandang rintik-rintik hujan yang semakin mengganas. Dia merasakan kejadian hujan itu sangat sempurna, rintik-rintik hujan yang jatuh bagai mengikut satu ritma, satu corak yang cantik. Ritma itu kadang kala terganggu oleh tiupan angin, maka rintik hujan yang jatuh mengikut ritma yang baru. "Cantik!" Kata-kata itu tenggelam timbul bersama rintik-rintik hujan."Subhanallah!" Lidah Nisa' basah dengan tasbih, membesarkan dan mengagungkan Rabbul Izzati. Mata bundar Nisa' menangkap sekawan pipit yang bertarung kudrat dengan hujan lebat serta angin yang kuat.. "Aku juga seperti pipit, sangat kerdil..sekurang-kurangnya pipit itu bersih dari noda. "Aku?..." Nisa' menggeleng-gelengkan kepalanya beberapa kali, menghalang sejarah hidupnya yang likat dengan dosa bergentayang di tubir mata.Hati Nisa' resah, Nisa' beristigfar,memohon keampunan dari Allah. Tangannya ringan mecapai Al-Quran. "Sudah lama aku tidak bertadarus..lagikan pula bertadabbur dengan Al-Quran". Hatinya berbicara. Jari Nisa' terhenti pada surah ke 19 dalam Al-Quran, surah Maryam. Lidahnya basah dengan taawuz dan basmalah seterusnya ayat demi ayat. Suaranya bersatu dengan deru hujan. Nisa' sebak tiba-tiba. Air mata mengalir dari pelupuk mata, terasa sayu dan syahdu. Sesekali Nisa' mengesat air matanya dan terus menyambung semula ayat bacaan.
"kak..jom, kata nak ke masjid..hujan dah berhenti." Balqis menyapa lembut. "Jom la.." Nisah mengiakan. "Akak menangis..?" Balqis menyedari mata merah Nisa'. Nisa' memaksa diri mengukir senyum. "Jomlah dik..nanti lambat pulak.." tangan Nisa' memaut tangan Balqis
.--------------------
Mata Nisa' tertancap pada kelibat Balqis di halaman rumah, terbongkok-bongkok mencabut rumput. Rumput-rumput yang mula menjalar sedikit mencacatkan lanskap rumah teres dua tingkat itu. Tudung litup di kepalanya menjadi simbol wanita solehah."Qis..apa yang boleh akak tolong?" "Hah..rumput ni nak letak di mana?" Tangan Nisa memegang pongkes yang dipenuhi rumput. "Eh..tak payah kak! kesian akak..nak bawa perut tu lagi.." Balqis mengambil semula rumput-rumput yang telah dicabut pada tangan Nisa'. Boring la duduk je..kesian kat Qis buat kerja sorang-sorang. "erm..dah siap pun..jom la duduk…"Nisa' membuntuti Balqis duduk di meja yang menghiasi halaman rumah . Nisa' terharu dengan kebaikan dan keikhlasan Balqis. "Erm..cantik pun!" Nisa' mengerutkan muka. "Cantik apenye?" Senyuman Balqis melebar. "Cantik bertudung, nampak cute!" "Eleh..saje la tu.." "tak.. Qis memang ikhlas puji akak.""Terima kasih ye Qis…akak banyak menyusahkan Qis…""Taklah…kalau akak tak de,boring la qis..duduk sorang-sorang kat umah.""Boleh Qis pegang..? Nisa' membiarkan Balqis mengusap-usap perutnya. "Erm..dah sarat ni..tinggal tunggu masa je., Akak tak nak balik..? Jumpa mak ayah akak?"Nisa' menggeleng. Akak tak sanggup Qis..air mata sudah bertakung di tubir mata. "Akak anak derhaka.." Air mata itu jatuh jua.."akak dah conteng arang kat muka mak dan abah""Dah la..yang lepas dibiarkan lepas.." "Akak banyak dosa dik!" "Allah maha adil..maha pengampun." Balqis cuba memujuk. Kedua-dua wanita itu berpelukan.
-------------------
Suasana di dalam kelab sangat gamat. Lagu rancak irama barat di pasang..anak mudi tidak segan-silu berdansa dengan pasangan masing-masing. Antara ramai-ramai, Nisa' dan Fakrul juga di situ. Fakrul memegang kejap pinggang Nisa'. Kadang-kadang jari-jari itu berubah ke pinggul Nisa', Nisa hanya membiarkan. Mereka begitu teruja berdansa mengikut irama rancak.. kelihatan kedua-dua mempelai ini sangat diulit keseronokan.."Nisss! I love you!""What?.. I tak dengaaar!""I loveeeee youuuu!"Fakrul sedikit menjerit melawan hingar-bingar. "I love you too!!!!" Gelak-ketawa mereka berdua bersatu."Fakrul..jom la I penat..!" Niss menarik tangan kekasihnya ke meja. "Nak air? I ambilkan.." Fakrul mengenyit mata. Nisa' faham, Fakrul mahu ambil bear. "No sayang..coke please.." Nisa' meleret manja.." "I tau sayang...I ambilkan coke ok." Jari Fakrul sudah mencuit hidung Nisa' yang agak mancung. Nisa' tersenyum. Terhibur.Nisa' meneguk coke dengan rakus. Fakrul melihat keletah Nisa' dengan senyuman. " kenapa?" Mata Nisa' mencerlung ke anak mata Fakhrul. "You..gelojoh!" Nisah mengangkat kening. "Oh you kata I gelojoh ye!" "Auu!" Nisah menghadiahkan cubitan di peha Fakrul. Senyuman fakrul makin melebar.
"Akak!" Balqis menepuk belakang Nisa'. "Astagfirullahalazim!!!" Nisa' meraup mukanya. Hilang semua memori gelapnya. "Qis ingat akak dah masuk ..rupaya akak masih kat sini.." "Ya Allah..dah senja!" mata Nisa' menangkap keadaan sekeliling. "Dah la kak, jangan di ingat kisah lalu..." Balqis bagai memahami gejolak di hati Nisa'. Nisa' menatap mata Balqis dalam-dalam. "Qis..akak masih tak boleh lupakan kisah silam akak..akak rasa dosa-dosa akak tu yang menyebabkan akak tak boleh lupa apa yang akak dah buat dulu.." lirih sungguh suara Nisa'. Setitik air jernih jatuh. "Nanti…akak cerita pada Qis.." "Tak payah kak, kalau sekadar menyakitkan hati akak sendiri, baik akak jangan cerita. Jom la..kita masuk ye.." Balqis memimpin tangan Nisa'. Mereka berjalan seiringin.
-----------------------
Nisa' mengaminkan doa yang dibaca Balqis. Mereka bersalaman dan berciuman. Sangat akrab dan mesra, bagai adik-beradik. "Kita tadarus ye kak.." "boleh Qis..tapi akak teringin sangat nak tahu terjemahan surah Maryam." "Ok kita baca 5 ayat seorang dengan tafsirannya sekali. Nisa' mengangguk setuju.Nisa' kagum denga bacaan Balqis, sangat lunak di pendengarannya. Habis lima ayat dan terjemahannya, giliran Nisa' pula untuk membaca..kalau salah Qis betulkan ye.." Balqis tersenyum lembut. Begitulah berlalunya masa tadarus bagi dua saudara seislam ini.
Maka Maryam mengandungnya, lalu ia menyisihkan diri dengan kandungannya itu ke tempat yang jauh.(19:22)Maka rasa sakit akan melahirkan anak memaksa ia (bersandar) pada pangkal pohon kurma, dia berkata: "Aduhai, alangkah baiknya Aku mati sebelum ini, dan Aku menjadi barang yang tidak berarti, lagi dilupakan".(19:23)
Nisa' terpana dengan tafsiran yang di baca Balqis.. Air mata berjuraian jatuh. Nisah teresak-esak menangis. "Akaaak..Qis memberanikan diri memegang bahu Nisa'." Akak rasa jijik!" "Akak berzina!" "Akak berzinaaa!" Nisa' bagai histeria. "Akak mengandugkan anak haram!" "Akak dah taubat nasuha.. Akak patut percaya pada kudrah dan iradah Allah, kasih-sayang Allah. Allah sayangkan hambanya yang mahu bertaubat!!" Balqis mengoncang bahu Nisa' dan memeluknya erat. Nisa' terdiam mendengar kata-kata Balqis ."Akak tak sedar dia bawa akak ke hotel.." Nisa' teresak-esak. "Bila akak sedar dari tidur..tak ade seurat benang pun..masa tu dia dah dah tak ada." Akak buntu masa tu…" "akak bersyukur sangat sebab Balqis nak terlanggar akak , sebab Balqis… akak ada kekuatan nak teruskan hidup." Nisa' masih teresak-esak."Semua tu takdir…sehingga kita bertemu." " Akak mesti terus bangkit! Bangkit dari kesilapan..bayi dalam perut akak patut dapat kehidupan." Nisa' mengangguk. Dia memegang perutnya, mengusap-ngusap perutnya lembut…
"Ya Allah..bantulah aku, menjadi sebaik namaku..Khairunnisa', sesolehah Fatimah dan setabah Maryam." Tergambar wajah mak dan abah. "Nisa' akan balik mak!". Ada senyuman manis di bibir mungil itu. Senyuman yang membawa seribu harapan.

Tuesday, August 5, 2008

REKREASI KOS PJ

minggu lepas, kawan2 batch 0707 dalam kos pj (3.06,3.07,3.08) telah pergi ke kem bina semangat ampang pecah di kuala kubu bharu, selangor. kem tersebut merupakan salah satu aktiviti dalam silibus pj untuk semester 3. kawan2 pergi selama 3 hari 2 malam. dari hari selasa hingga khamis. banyak aktiviti lasak yang menarik + mencabar contohnye flying fox, rafting and more. ni antara gambar2 yang kawan2 kos pj bagi untuk diletak dalam blog. sesiapa yang ada banyak lagi gambar just gimme the pics if u wanna them to be posted here. =)


~barbeque girls sempat posing lagi~

~encik baha 'tester' rasmi rekreasi~

~dalam hutan utk aktiviti ikhtiar hidup~


~ikhtiar hidup nak survive dalam hutan~


~student pj 0707 (3.06,3.07,3.08)~

~rafting habis kuyup baju~


~cam nak tenggelam je hehe~


~ready nak g rekreasi..semangat2~


~water confident yg tak confident~



~senaman pepagi ~


~semangat nak rafting~

~excited g rekreasi~


~gliding in the air~

Allah Maha Pengampun

Sumber rujukan: Solat Taubat (Panduan Penjernihan Jiwa tulisan Muhammad Isa Selamat )





ALLAH swt sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” (At-Tahrim: 8.)



Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya: “Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar: 53)


Syarat-syarat taubat :
1. Ikhlas ingin bertaubat
2. Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi
3. Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan
4. Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya
5. Dikerjakan sebelum ajal tiba atau terbitnya matahari dari sebelah barat sebagai alamat
kiamat kubra.

Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu tidaklah sah. Jika dosa berkaitan dengan manusia yang lain, maka syaratnya ditambah lagi, iaitu harus dapat membebaskan diri dari hak orang yang berkaitan. Contohnya jika hal itu berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika berbentuk hukuman, ia harus menyerahkan diri mohon dimaafkan. Jika hal berupa cacian dan sebagainya, maka ia harus memohon keredhaannya.

Waktu melaksanakan taubat :

Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika demikian ia sangat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera menyucikan diri sedikit demi sedikit, maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok, dan akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran.

Di antara penyebab yang akan membangkitkan jiwa bertaubat seseorang itu adalah jiwa yang selalu mengingati hari kematian dan hidup bersendirian di dalam kubur. Kata-kata mati adalah sesuatu yang sangat menakutkan kebanyakan manusia. Mati beerti berpisah dengan segala yang disayangi atau dicintai. Hari terputusnya segala nikmat. Sedangkan berpisah sebentar sahaja dengan anak atau isteri, dapat mengalirkan air mata kesedihan, apa lagi berpisah untuk selamanya
Firman Allah: “Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula.” (Az-Zumar: 30)
Di samping mengingat tentang azab penderitaan yang bakal dihadapi oleh orang-orang yang berdosa mengingat kenikmatan syurga yang bakal ditempati oleh orang-orang yang soleh juga akan dapat membangkitkan keinginan jiwa untuk melakukan taubat dengan segera.

Cara melaksanakan solat taubat :

Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa, iaitu setelah berwuduk dengan sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci, menghadap kiblat;

Waktu di lakukan - bila-bila masa merasa telah berbuat dosa (kecuali waktu makruh tahrim utk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke atas), semasa Qiyamullail
Lafaz niat: “Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.” (Cukup di dalam hati, ada perbahasan ulama’ tentang lafaz niat dlm ibadah - sila rujuk kpd pakar feqah)

Rakaat pertama membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
Rakaat kedua membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
Semasa sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala),

لا اله الا أنت سبحانك اني كنت من الظالمين
Ertinya: “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”

Selepas salam, perbanyakkan istighfar seperti,

أستغفر الله العظيم الذي لا اله الا هو الحي القيوم وأتوب اليه
Ertinya: Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah.
dan berdoa dengan Penghulu Istighfar,

“Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”

Kemudian boleh juga berdoa mengikut luahan hati dan munajat masing-masing ke hadhrat Allah.

Benarlah sebagaimana Firman Allah yang bermaksud: "Bersegeralah menuju keampunan dari Tuhanmu serta syurga yang luasnya seluruh lagit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa. iaitu orang yang membelanjakan hartanya diwaktu hartanya cukup dan juga kurang serta orang-orang yang suka menahan kemarahannya dan gemar pula memaafkan kesalahan para manusia dan Allah itu mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan" (Al Imran 133-134)

cerpen : ISLAM ITU CINTAKU

Iman Akmal..

Awak ingat tak tanggal 11 ogos 2007. Awak tahu, itulah tarikh keramat yang tak mungkin saya lupakan kerana ia merupakan tarikh yang terpenting sekali dalam hidup saya. Yelah, itukan tarikh penyatuan kita berdua.

Awak..

Awak ingat tak macam mana kita berjumpa. Perjumpaan yang pada fikiran orang lain merupakan pertemuan paling kasar. Tapi pada saya, itulah saat-saat paling bermakna dalam hidup saya. Saya ingat lagi, saya ternampak seorang lelaki yang serabai sedang melintas jalan tanpa melihat ke kiri dan kanan sewaktu saya pulang dari masjid. Saya ingat awak akan mengelak apabila hon dibunyikan oleh kereta tu, tapi awak buat tak tahu je. Saya pula dengan penuh berani menarik tangan awak agar awak tak dilanggar kereta. Lepas kita sama-sama selamat, saya tampar awak. Awak tahu kenapa?? Sebenarnya terdapat pelbagai sebab kenapa saya tampar awak masa tu. First, sebab awak nak bunuh diri awak. Takkan awak tak tahu yang membunuh diri sendiri adalah dosa yang paling dimurkai Allah. Takkan awak tak takut Tuhan, takkan awak tak takut neraka. Second, gara-gara saya nak selamatkan awak saya tersentuh tangan yang bukan muhrim saya iaitu tangan awak. Awak tahu tak sepanjang hidup saya saya tak pernah pegang tangan orang lelaki lain kecuali tangan ayah saya?? Hati saya membara sangat waktu tu. Tapi saya tengok awak tetap begitu, wajah awak macam awak tak kisah dengan apa lagi yang berlaku disekeliling awak. Mungkin awak tak sedar pun awak sedang berbicara dengan saya sekarang ni. Hati saya bungkam, lalu saya tinggalkan awak sendirian kat situ.

Keesokan harinya, saya terjumpa awak kat situ lagi. Saya ingat awak nak bunuh diri lagi. Saya cepat-cepat pergi ke arah awak. Awak tahu tak betapa terkejutnya saya melihat penampilan awak yang jauh berbeda berbanding semalam. Awak kelihatan kemas dan tak serabai macam semalam. Awak cakap awak ada perkara penting nak beritahu saya. Saya ajak awak pergi masjid yang menjadi tempat saya mengajar Al-Quran kat budak-budak. Kita duduk berdua je kat situ. Hati saya berdebar-debar waktu tu. Awak memang tampan, itu saya tak dapat nafikan. Saat mata hazel awak tenung mata saya, wajah saya membahang. Kat situ awak luahkan semuanya pada saya kecuali apa yang mendorong awak untuk bunuh diri semalam. Awak cakap awak jahil sebab tak tahu apa-apa pasal Islam walaupun awak seorang muslim. Awak cakap, sejak berumur 15 tahun lagi awak dah berkenalan dengan arak. Saya tanya awak pasal solat, puasa, zakat, dan haji. Saya tak tahu kenapa hati saya tergerak untuk bertanyakan semua tu. Awak mesti ingat saya pandang rendah kat awak. Tapi, saya hampir pengsan bila awak beritahu awak tak pernah solat dan puasa sepanjang awak hidup selama 25 tahun ni. Bila saya tanya awak kenapa, awak cakap awak terlalu lama menetap di London. Bahkan ahli keluarga awak langsung tak sembahyang apatah lagi nak puasa. Awak minta tolong saya untuk ajar awak agama. Mula-mula saya agak keberatan sebab saya bukannya mahir sangat. Tapi awak berkeras nak belajar dengan saya. Akhirnya, atas dasar persaudaraan sesame Islam, saya setuju.

Mulai hari itu, awak selalu datang kelas mengaji yang saya adakan. Mula-mula saya rasa nak gelak sebab awaklah anak murid saya yang paling tua. Lepas tu awak baru baca Iqra’ dengan saya. Tapi awak sabar dan tak sampai 4 bulan awak dah boleh baca Al-Quran. Saya ajar awak macam-macam. Solat, pasal haji, zakat dan puasa. Hati awak memang cerah, sekejap je saya ajar hal solat, then awak dah boleh solat sendiri. Kita pun selalu solat bersama-sama. Petang tu, saya membacakan azab-azab yang diterima oleh penghuni neraka. Air mata awak bergenang. Awak, awak terasa hati dengan saya ke?? Sejak hari tu, awak dah tak datang-datang ke masjid tu. Awak tahu, seminggu awak tak datang, seminggu tu jugalah saya jadi penunggu setia kat masjid tu. Kemudian, pada satu petang awak datang pada saya. Saat saya melihat awak, ada satu perasaan hadir dalam diri saya. Tapi saya tak tahu apa perasaan itu. Awak datang petang tu bukan sebab nak belajar agama dengan saya tapi sebab awak nak ajak saya kahwin. Apa, kahwin?? Saya terus pitam.

"Humaira, sudi tak jadi permaisuri di hati Iman..Sudi tak kahwin dengan Iman??"
"Ha, kahwin… Mana boleh..ehhh saya tak nak Iman. Jangan buat gila."
"Please, Humaira I beg you. Kalau awak jadi isteri saya, lagi banyak masa awak boleh ajar saya pasal Islam. Tolongla Humaira, masa saya semakin suntuk"

Resah melihatkan awak yang begitu mengharap, saya akhirnya bersetuju. Tapi saya betul-betul tak faham dengan ayat ‘masa saya semakin suntuk’ yang awak katakan tadi.

Perkahwinan kita berlangsung lepas tu walaupun ditentang secara hebat oleh keluarga awak. Ayah saya pula bersetuju walaupun agak terkejut dengan keputusan mendadak saya tu. Yela, saya baru 18 tahun dah bekahwin dengan orang yang tujuh tahun lagi tua dari saya. Kita pindah ke kondominium milik awak di KL. Seminggu saya menangis rindukan ayah saya yang tinggal seorang diri di Terengganu. Sejak ibu saya meninggal sewaktu melahirkan saya, tak pernah sekali saya berpisah dengan ayah saya. Tapi awak pandai.. setiap hari awak akan bagi teddy bear yang berlainan pada saya. Saya memang suka bear.. Bila saya peluk bear-bear tu barulah terubat sikit rindu kat ayah, sebab badan ayah pun macam bear-bear ni semua. Jadi peluk bear ni macam peluk ayah saya la. Dua minggu usia perkahwinan kita, dah 14 teddy bear saya terima. Saya happy sangat, awak!

Tapi sepanjang kita kahwin, tak pernah sekali pun awak sentuh saya. Saya sering tertanya-tanya kenapa awak kahwini saya kalau awak tak nak memiliki saya sepenuhnya. Saya umpama cikgu pada awak. Saya panggil awak abang Iman, awak panggil saya Ustazah Humaira. Pelikkan. Kitalah kapel paling pelik sekali pada saya. Malam, kita hiasi dengan aktiviti tadarus, setiap jam 3 pagi awak akan kejutkan saya untuk solat tahajjud. Saya begitu bahagia dengan perubahan diri awak. Kita sama-sama penuhi tanggungjawab masing-masing. Setiap hujung minggu, kita akan keluar bersiar-siar. Hari tu, sewaktu kita ke Sunway Pyramid, ada seorang perempuan panggil awak. Bila awak berpaling, perempuan tu terus peluk dan cium pipi awak. Saya nampak awak macam kaget. Tapi awak masih tak kenalkan dia pada saya. Lepas tu, perempuan tu ikut kita ke mana sahaja kita pergi. Saya tahulah saya ni perempuan kampong yang tak pandai bergaya. Dengan jubah dan tudung labuh paras pinggang yang sering membaluti tubuh saya ni, mana ada lelaki yang tertarik dengan saya. Perempuan tu pulak dengan selambanya paut tangan awak sedangkan saya, isteri awak yang sah tak pernah sentuh awak. Tanpa saya sedari, airmata saya menitis. Saya sedih awak. Takkan awak tak fikir perasaan saya. Saya lari keluar dari butik tu sewaktu awak dan perempuan tu leka berbual. Saya berlari dengan linangan air mata awak tahu tak?? Saya dengar awak jeritkan nama saya. Saya pusing belakang, nampak awak dan perempuan tu. Perempuan tu lagi!! Dia tak faham ke yang saya bencikan dia sebab rapat dengan awak. Tadi, saya seolah-olah tak wujud tahu tak!! Awak jeritkan nama saya lagi, akhirnya saya berhenti lari. Awak pegang tangan saya. Awak tanya saya kenapa.
"Humaira kenapa ni?"
"Tak ada apa-apa la..Pergi la shopping dengan perempuann ni"
"Humaira jealous ye.. Maafkan abang Iman sebab lupa nak kenalkan Iman Sofia pada Humaira. She’s my twin.

My twin. Saya malu sangat masa tu. Iman Sofia peluk saya dan mengalu-alukan kedatangan saya sebagai adik iparnya. Dia suruh saya sabar dengan karenah mummy dan daddy awak. Lepas twin awak balik, saya tengok awak tersenyum-senyum.. Saya malu sangat awak. Mesti muka saya merah atau mungkin dah biru masa tu.. Awak cubit pipi saya dan usik saya sampai saya nangis. Sorry, tapi saya ni memang cengeng. Lepas tu, awak minta maaf dengan saya dan kucup dahi saya. Saya tersentak, pertama kali awak sentuh saya. Saya tersentum manis.. Selepas itu, kita berjalan-jalan sambil berpegangan tangan.

Sejak hari itu, kehidupan kita memang bahagia. Suatu hari tu, ketika kita sedang menjemur pakaian sama-sama, hidung awak tiba-tiba berdarah. Darah awak banyak sangat..wajah awak pucat. Hati saya dipagut rasa cemas yang teramat sangat. Lepas tu, awak pitam. Saya menjerit bagai orang dirasuk hantu. Dengan bantuan jiran, saya hantar awak ke hospital. Kat sana barulah saya mengerti kata-kata awak tak lama dulu. ‘Masa saya dah semakin suntuk’. Saya dah terlalu mengerti maksud kata-kata itu. Kenapa awak tak pernah beritahu saya awak sakit leukemia.. Saya menangis dan terus menangis. Dua hari awak tak sedarkan diri. Sebab tu, awak tak pernah nak sentuh saya. Saya mengerti sebabnya.. sebab awak tak nak beri zuriat yang mungkin berpenyakit seperti awak. Mulia sungguh hati awak. Sewaktu awak sedar, saya tetap begitu.. Menangis sambil mengucup tangan awak.. Awak juga menangis. Malam tu, awak beritahu saya sebab kenapa awak nak bunuh diri hari tu..kenapa awak nak kahwin dengan saya.. Hari tu, awak nekad nak bunuh diri sebab awak tak boleh terima diri awak sakit. Awak mengahwini saya kerana awak nak seseorang yang boleh membimbing awak ke jalan yang benar. Awak tak nak mati tanpa bertaubat. Awak juga jujur dengan saya. Awak cakap saya bukan cinta sejati awak kerana cinta sejati awak hanya pada Islam dan Allah. Saya akui agak terkilan kerana saya bukan cinta sejati awak.. tapi biarlah..kerna pada saya, dicintai awak sudah cukup bermakna pada saya.
Awak berkeras tak nak buat sebarang rawatan. Keadaan awak semakin teruk. Rambut awak dah sikit..wajah awak cengkung..badan awak kurus sangat. Awak hanya mampu duduk di kerusi malas..di kerusi malas itulah awak solat. Tapi saya kagum dengan awak sebab awak masih puasa walaupun awak diberi ruksakh untuk berbuka. Awak tetap berpuasa walaupun kadang-kadang awak menggigil sebab terlampau sakit tapi awak tetap berkeras nak berpuasa. Hari awak dihabiskan di kerusi malas itu sambil menghafal surah-surah Al-Quran melalui mp3 yang ditekapkan di telinga awak. Setiap kali awak dengar surah Yaasin, air mata awak akan bergenangan.

Sepuluh malam terakhir Ramadhan, awak berdegil tak mahu tidur sebab nak tunggu malam Lailatul Qadar. Selalunya,saya akan tertidur sisi kerusi malas awak. Dan apabila saya tersedar, awak juga dah terlena. Wajah awak sentiasa senyum. Saya akui takut untuk membiarkan awak tidur kerana saya takut awak akan terus tertidur dan tak bangun-bangun lagi. Malam terakhir puasa, awak kelihatan bersinar-sinar. Awak ajak saya buat terawih. Awak, awak solat terawih ke solat sunat taubat.. Awak sujud lama sangat. Saya seperti dah mengerti sesuatu. Saya teruskan solat terawih ini sementara awak masih begitu..sujud menyembah tuhan. Dan selepas 12 rakaat selesai saya kerjakan, awak tetap begitu.. Masih lagi sujud..

Bila bahagia mulai menyentuh,
Seakanku bisa hidup lebih lama,
Namun, harus kutinggalkan cinta,
Ketikaku bersujud..

Awak dah pergi. Saya tahu awak letih sangat dan awak nak tidur. Saya baringkan awak di atas sejadah itu. Darah yang mengalir dari hidung awak saya bersihkan. Wajah awak tenang macam bayi yang sedang nyenyak tidur. Selepas itu, tanpa membuka kain sembahyang, saya terus berbaring di sebelah awak di atas sejadah itu. Saya tertidur sampai azan hari raya Aidilfitri berkumandang. Hajat awak nak beraya tak kesampaian. Tapi hajat awak untuk berpuasa penuh dan solat terawih serta tahajjud sepanjang Ramadhan tetap terlaksana.


Awak..

Setahun dah berlalu pergi. Hari ini saya akan bertolak ke Mesir untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Al-Azhar dalam bidang Qiraat Al-Quran.
Seminggu lepas awak pergi, mummy awak datang dan berjumpa saya. Mummy awak dan saya dah berdamai. Mesti awak bahagia, kan?? Pembelanjaan saya ke Al-Azhar pun ditanggung oleh famili awak.

Awak..

Kini saya dah tidak menangisi pemergian awak. Saya tahu walau saya menangis sehingga keluar air mata darah sekalipun, keadaan tetap tidak berubah. Awak tetap dah ‘pergi’ dari hidup saya.

Saya mengambil masa tidak sampai seminit untuk membenci awak, saya mengambil masa kurang sebulan untuk mencintai awak.. Tapi harus saya akui, saya memerlukan masa sepanjang hidup saya untuk melupakan awak. Awak dah bertakhta di hati saya..teratas sekali. Kata orang cinta yang dilepaskan akan kembali jika ia cinta sejati kita. Tapi harus saya akui awak memang bukan cinta sejati saya. Cinta sejati dan hakiki saya hanya pada-Nya. Awak, saya dah nak pergi ni. Awak doakan kehidupan saya diperantauan nanti, ya. Doakan saya akan bertemu cinta sekali lagi kerana saya yakin saya layak untuk cinta. Assalamualaimum, Iman. Tunggu saya dekat ‘sana’ nanti. Sesungguhnya, awak tiada gantinya dalam hati saya.

If only you could hear my tears in the world you left behind,
If only you could heal my heart just one more time,
Even when I close my eyes,
There’s an image of your face,
And once again I come to realize,
You’re a loss I can’t replace.